Posts

KARNIVAL BAHASA INGGERIS KDSR 4

Image
                   DEWAN SK MATANG    Selasa , 10/7/2018 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Matang. Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya menghantar wakil dalam tiga acara iaitu   Public Speaking, Poetry Recitation dan Story Telling. Empat orang pelajar telah dipilih untuk mewakili sekolah iatu Nur Hasya Insyirah, Mohd Danish Fahim, Mohd Irham dan Ainur Hidayah. Masing - masing dari Tahun 6 dan Tahun 4.  Antara peserta - peserta yang hadir menyertai karnival Wakil dari Sekolah Kebangsaan Nibong sempat bergambar di atas pentas Fahim dan Irham bersama Johan Poetry Recitation dari SK Teris                 Bagi acara Public Speaking, Nur Hasya Insyirah telah berjaya wakili sekolah kerana telah mendapat tempat kedua dalam acara tersebut. Beliau layak bertanding di peringkat daerak pada hari Khamis ini ( 12/7/201...

PROGRAM QURAN HOUR ( 10 MINIT )

Image
Khamis, 7/6/2018 - Program 10 minit bersama Quran telah dijalankan di peringkat sekolah. Program ini adalah program serentak yang berlaku di seluruh Malaysia sempena Bulan Ramadhan. Sekolah Kebangsaan Nibong turut mengambil peluang menjayakan program tersebut. Semua pelajar dan guru dikehendaki untuk berkumpul di dewan sekolah untu sama- sama membaca Quran. Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Norafizah Bt Muda. Ustazah Norafizah selaku Penyelaras program Selain itu, program lain juga turut digabungkan bersama iaitu Majlis Khatam Al Quran, sempena bulan Ramadhan. Pelajar yang terpilih telah dilantik untuk mengetuai bacaan di atas pentas sekolah. Para pelajar juga turut ditayangkan video untuk sama- sama mengambil pengajaran. Tayangan tazkirah Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nibong, En Zulmajdi Bin Salleh Guru Besar SK Nibong

SAMBUTAN HARI GURU 2018

Image
Ucapan Tuan Guru Besar sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah RABU, 16/5/2018 - Sekolah Kebangsaan Nibong telah menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah sebagai acara tahunan. Sambutan ini disambut untuk meraikan dan memberi penghargaan kepasa semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik para pelajar. Bagi menyerikan majlis, pihak sekolah juga menjemput ibu bapa untuk sama sama hadir dan menjayakan aktiviti yang telah ditetapkan sama ada aktivti pentas ataupun di padang sekolah ( sukaneka). Para guru, kakitangan swasta dan ibu bapa telah dibahagikan mengikut kumpulan masing masing sepanjang hari tersebut. Ini dijalankan untuk memudahkan urusan permainan dan penyusunan. Bukan sahaja para guru dan ibu bapa, pihak sekolah juga menyediakan acara sukaneka bagi tahap 1. Acara cari guala gula dalam tepunbg telah mendapat perhatian semua orang dan sama sama bergelak ketawa dengan gelagat si cilik. Acara yang disertai oleh guru dan murid serta ibu bapa yang hadi...

PROGRAM MEMBASMI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Image
SELASA, 27/2/2018 - Pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Malaysia telah mengadakan saty ceramah berkaitan dengan pembiakan Nyamuk Aedes. Program telah berlangsung bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Murid - murid juga turut terlibat dalam sesi soal jawab pada sesi akhir ceramah. Pihak KKM telah menyediakan sampel Nyamuk Aedes dan lava untuk tontonan murid- murid di akhir sesi ceramah. Ceramah bersama Pegawai dr Jabatan Kesihatan Malayisa Peserta dari kalangan pelajar tahap dua khusyuk mendengar ceramah Mohd Adif Iqswan, pelajar Tahun 5 berjaya menjawab soalan dari penceramah Setelah berakhir sesi ceramah, murid- murid disediakan galeri untuk melihat sampel nyamuk aedes dan juga alatan 'fogging' . Replika nyamuk Aedes Sampel lava yang boleh membiak dalam takungan air bersih Pelajar berkesempatan melihat alatan 'fogging'  Murid - murid juga menjalankan sesi gotong royong untuk menhapuskan air taku...

LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Image
SABTU, 10/2/2018 - Lawatan YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia ke SK Nibong bagi melihat suasana bangunan bantuan banjir yang telah siap dibina pada awal tahun 2018. Bangunan ini akan digunakan bagi penduduk Kampung Nibong yang juga menjadi mangsa banjir setiap kali musim tengkujuh menjelang.                Turut serta dalam lawatan ini ialah En Mohd Safruddin, Pegarah Pendidikan Negeri Terengganu. Bangunan baru ini terdiri daripada tempat mandi ( kolah ) ,  ruang memasak, bilik persalinan, tandas dan bilik mandi. Ianya akan mula beroperasi pada tahun 2018. YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid bersama Pengarah Pendidkan Negeri Terengganu En Mohd Safruddin, Pegarah Pendidikan Negeri Terengganu turut sama dalam lawatan ini Lawatan bangunan baru untuk mangsa banjir Kg Nibong Guru- guru SK Nibong bersama dengan Mneteri Pendidkan Malaysia

MINGGU PPDA SK NIBONG 2018

Image
                    AHAD , 4/2/2018 -  Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya mengadakan Minggu PPDA peringkat sekolah yang berlangsung selama satu minggu dari 4 Februari - 8 Februari 2018. Program ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan para pelajar tentang bahaya najis dadah dan langkah keselamatan untuk menjaga diri masing- masing. Tema program kali ini adalah   ' I' M SAFE '.                  Perasmian Minggu ini telah dirasmikan oleh En Zulmajdi Bin Salleh, Guru Besar Sk Nibong selepas perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad ( 4 Februari 2018 ). Acara gimik perasmian juga telah disempurnakan oleh sebahagian pelajar Tahun 5.                  Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminggu antaranya ialah Menonton tayangan pendek Video Boboboi Solat Hajat  Senamrobik  Tayangan Zikir ...

INSENTIF PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015

Image
Pada 28,29 dan 30 Julai 2015 - eSKay Nibong telah mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015. Seramai 8 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Keputusan peperiksaan adalah sebagaimana berikut; a)  Lulus minima C        : 87.5% b)  5A                             : 1 orang (12.7%) c)  3A 2B                        : 1 orang d)  2A 3B                        : 1 orang e)  3B 2C                         : 4 orang f)   Gagal                         : 1 orang       Murid target 5A seramai 3 orang telah diraikan dalam majlis perhimpunan mingguan, dan penyampaian insentif berupa wang tunai telah disampaikan ol...

‘Mat Salleh’ buktikan B.Melayu mudah dipelajari 3 OGOS 2015

Image
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang bergambar bersama peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2015 di majlis meraikan mereka di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama 3 OGOS 2015 -  SEKADAR  mendengar suara penutur Bahasa Melayu dengan fasih tanpa melihat wajahnya, pasti ramai menyangka ia seorang Melayu.    Namun, sangkaan itu meleset apabila pendengar menatap wajah di penutur.    Beliau sebenarnya seorang "Mat Salleh".    Joshua Parfitt (ulang: Joshua Parfitt), rakyat Britain ini berjaya mencuri tumpuan hadirin pada majlis resepsi peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) di sini apabila berkata rakyat Malaysia harus berbangga kerana Bahasa Melayu mempunyai tempat tersendiri di peringkat antarabangsa.    "Bahasa Melayu semakin mekar di cela...
Image
KUALA BERANG Rabu - 05 Ogos 2015 - eSKay Nibong telah dikunjungi oleh Cikgu Azmai bin Talib Pegawai SISC+ Matematik daripada PPD Hulu Terengganu. Beliau sempat memberi suntikan semangat kepada calon-calon UPSR eSKay Nibong tahun 2015 agar berusaha dengan gigih di saat-saat hampir dengan tarikh Peperiksaan UPSR. Beliau juga mendoakan semoga calon-calon UPSR eSKay Nibong berjaya dalam peperiksaan nanti, dan ini akan melonjakkan nama sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.          Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang telah sudi meluangkan sedikit waktu untuk calon-calon kami. Terima kasih.

JAMUAN MAJLIS PERPISAHAN

Image
KUALA TERENGGANU - Rabu 29 Julai 2015 Jamuan Majlis Perpisahan telah di adakan di Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu untuk meraikan dua orang staff yang telah bertukar ke sekolah yang baru. Pegawai tersebut ialah: 1.   Nur Illy binti Mohd Kamal - Pembantu Tadbir N17 2. Nordiana Shilda binti Mamat @ Mohamed - Executive Information Officer (EIO) 3. Selain daripada staff sekolah, majlis ini juga telah dihadiri oleh AJK PIBG untuk meraikan mereka