Posts

Showing posts from July, 2012

Alfatihah buat Guru Besar...

salam, untuk pengetahuan semua, guru besar kesayangan kami, Puan Khadijah binti Wahab telah kembali ke rahmatullah pada 28 Julai 2012 jam 3 pagi di hospital besar Kuala Terengganu Sama-sama kita doakan kesejahteraan roh arwah.. AL-FATIHAH

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR - Bahasa Melayu

Image
Hari ini telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR diadakan khas untuk semua pelajar Tahun 6 sebagai persediaan menghadapai UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.

Program Bersamamu 2012

Image
Pada 26 Jun 2012 yang lalu, berakhirlah siri kembara pihak sekolah dari rumah ke rumah calon UPSR 2012. Matlamat program ini adalah untuk mengetahui aktiviti calon UPSR 2012 semasa di rumah, selain itu  turut mengeratkan lagi tali silaturrahim antara pihak sekolah dan keluarga calon UPSR 2012. Seramai 9 orang calon UPSR pada tahun ini, jadi sebanyak 9 buah rumah perlu dilawati oleh pihak sekolah. Program ini berlangsung setiap hari Selasa sewaktu aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sebanyak 3 buah rumah setiap minggu akan dilawati oleh pihak sekolah yang telah bermula pada 12, 19 & 26 Jun 2012 yang lalu. Program Bersama Mu pada 12 Jun 2012 Calon UPSR (Adik Nik Muhd Firdaus bin Zakaria) *akan diupdate gambar Calon UPSR (Adik Muhd Khairul Syahmi bin Ahmad) *akan diupdate gambar Calon UPSR (Adik Tuan Muhd Affifudin bin Tuan Azam) *akan diupdate gambar Program Bersama Mu pada 19 Jun 2012 Calon UPSR (Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis) *akan diupd

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Image
Pada 10 Julai 2012, telah diadakan satu program yang berjalan serentak seluruh negara iaitu, SENAMROBIK SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan senaman regangan otot kemudian acara pendaftaran pelajar. Acara diadakan di dewan SK Nibong. Tepat jam 8.25 pagi, acara senamrobik dimulakan. Kaedah yang digunakan, menggunakan pemancar LCD untuk menayangkan klip senamrobik untuk diikuti oleh semua pelajar, guru & kakitangan sekolah. Terima kasih & syabas kepada semua warga SK Nibong kerana memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan program ini. *Update (11 Julai 2012) Selepas program Senamrobik berakhir, turut diadakan program Temu Murni 2012, dimana ibubapa pelajar tahun 3-6 akan datang bertemu dengan guru kelas masing-masing untuk menandatangani buku rekod peperiksaan disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru sekolah dan ibubapa pelajar. Disamping itu,  ibubapa turut mendapat informasi mengenai prestasi & k