Posts

Showing posts from February, 2013

Minggu Anti Dadah 2013

Image
Pada 17-21 Februari 2013 yang lalu, telah berlangsung Minggu Anti Dadah. Acara kemuncak telah diadakan pada 21 Februari 2013 (Khamis). Antara aktiviti yang diadakan pada hari kemuncak tersebut ialah: Pertandingan Mewarna (Tahap 1) Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) Mencari Perkataan Tersembunyi (Tahap 1) Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Tahap 2) Adik Khairul bin Mokhtar menyampaikan sajak dengan penuh penghayatan

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Pihak Sekolah

Image
Tepat jam 11.00 pagi pada 6 Februari 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Pihak Sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara guru Tahun 6 dengan Ibu Bapa Pelajar Tahun 6. Perjumpaan ini turut membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2013 untuk kecemerlangan UPSR 2013. Selain itu, turut membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ketika berada di sekolah dan di rumah. Untuk Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2013, satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Pengerusi           :  En. Mohd Azam bin Puteh  Naib Pengerusi  :  En. A. Rahim bin Zahid  Penyelaras         :  En Zulkifle bin Zakaria  Bendahari          :  Pn. Siti Norbaini binti Mamat Ahli                   :  En. Mohd. Zamri bin Abdul Rahman                             En. Alias bin Awang Antara perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2013 ini ialah: Kem Motivasi Kem Kemahiran Belajar Kem