Posts

KARNIVAL BAHASA INGGERIS KDSR 4

Image
Selasa , 10/7/2018 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Matang. Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya menghantar wakil dalam tiga acara iaitu  Public Speaking, Poetry Recitation dan Story Telling. Empat orang pelajar telah dipilih untuk mewakili sekolah iatu Nur Hasya Insyirah, Mohd Danish Fahim, Mohd Irham dan Ainur Hidayah. Masing - masing dari Tahun 6 dan Tahun 4. 







                Bagi acara Public Speaking, Nur Hasya Insyirah telah berjaya wakili sekolah kerana telah mendapat tempat kedua dalam acara tersebut. Beliau layak bertanding di peringkat daerak pada hari Khamis ini ( 12/7/2018) di SK AJIL. 

                 Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan syabas buat pemenang. Yang belum mendapat tempat, cuba lagi masa akan datang.

PROGRAM QURAN HOUR ( 10 MINIT )

Image
Khamis, 7/6/2018 - Program 10 minit bersama Quran telah dijalankan di peringkat sekolah. Program ini adalah program serentak yang berlaku di seluruh Malaysia sempena Bulan Ramadhan. Sekolah Kebangsaan Nibong turut mengambil peluang menjayakan program tersebut. Semua pelajar dan guru dikehendaki untuk berkumpul di dewan sekolah untu sama- sama membaca Quran.
Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Norafizah Bt Muda.









Selain itu, program lain juga turut digabungkan bersama iaitu Majlis Khatam Al Quran, sempena bulan Ramadhan. Pelajar yang terpilih telah dilantik untuk mengetuai bacaan di atas pentas sekolah.





Para pelajar juga turut ditayangkan video untuk sama- sama mengambil pengajaran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nibong, En Zulmajdi Bin Salleh





SAMBUTAN HARI GURU 2018

Image
RABU, 16/5/2018 - Sekolah Kebangsaan Nibong telah menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah sebagai acara tahunan. Sambutan ini disambut untuk meraikan dan memberi penghargaan kepasa semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik para pelajar.



Bagi menyerikan majlis, pihak sekolah juga menjemput ibu bapa untuk sama sama hadir dan menjayakan aktiviti yang telah ditetapkan sama ada aktivti pentas ataupun di padang sekolah ( sukaneka). Para guru, kakitangan swasta dan ibu bapa telah dibahagikan mengikut kumpulan masing masing sepanjang hari tersebut. Ini dijalankan untuk memudahkan urusan permainan dan penyusunan.

Bukan sahaja para guru dan ibu bapa, pihak sekolah juga menyediakan acara sukaneka bagi tahap 1. Acara cari guala gula dalam tepunbg telah mendapat perhatian semua orang dan sama sama bergelak ketawa dengan gelagat si cilik.






Wajah wajah ceria pelajar Tahap 1 SK Nibong

Sambutan Hari guru ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan jamuan makan di kantin sekolah.



     …

PROGRAM MEMBASMI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Image
SELASA, 27/2/2018 - Pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Malaysia telah mengadakan saty ceramah berkaitan dengan pembiakan Nyamuk Aedes. Program telah berlangsung bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Murid - murid juga turut terlibat dalam sesi soal jawab pada sesi akhir ceramah. Pihak KKM telah menyediakan sampel Nyamuk Aedes dan lava untuk tontonan murid- murid di akhir sesi ceramah.






LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Image
SABTU, 10/2/2018 - Lawatan YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia ke SK Nibong bagi melihat suasana bangunan bantuan banjir yang telah siap dibina pada awal tahun 2018. Bangunan ini akan digunakan bagi penduduk Kampung Nibong yang juga menjadi mangsa banjir setiap kali musim tengkujuh menjelang.
               Turut serta dalam lawatan ini ialah En Mohd Safruddin, Pegarah Pendidikan Negeri Terengganu. Bangunan baru ini terdiri daripada tempat mandi ( kolah ) ,  ruang memasak, bilik persalinan, tandas dan bilik mandi. Ianya akan mula beroperasi pada tahun 2018.





MINGGU PPDA SK NIBONG 2018

Image
AHAD , 4/2/2018 -  Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya mengadakan Minggu PPDA peringkat sekolah yang berlangsung selama satu minggu dari 4 Februari - 8 Februari 2018. Program ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan para pelajar tentang bahaya najis dadah dan langkah keselamatan untuk menjaga diri masing- masing. Tema program kali ini adalah
' I' M SAFE '.


                 Perasmian Minggu ini telah dirasmikan oleh En Zulmajdi Bin Salleh, Guru Besar Sk Nibong selepas perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad ( 4 Februari 2018 ). Acara gimik perasmian juga telah disempurnakan oleh sebahagian pelajar Tahun 5.



                 Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminggu antaranya ialah

Menonton tayangan pendek Video BoboboiSolat Hajat Senamrobik Tayangan Zikir Taubat dan Bila TibaSesi Tazkiyatun Nafs Program PPDA berakhir dengan penuh baik. Para pelajar diberi penghormatan untuk menandatangani tandatangan mereka di 'banner' Im Safe atas…

INSENTIF PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015

Image
Pada 28,29 dan 30 Julai 2015 - eSKay Nibong telah mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015. Seramai 8 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Keputusan peperiksaan adalah sebagaimana berikut;

a)  Lulus minima C        : 87.5%
b)  5A                             : 1 orang (12.7%)
c)  3A 2B                        : 1 orang
d)  2A 3B                        : 1 orang
e)  3B 2C                         : 4 orang
f)   Gagal                         : 1 orang

      Murid target 5A seramai 3 orang telah diraikan dalam majlis perhimpunan mingguan, dan penyampaian insentif berupa wang tunai telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar eSKay Nibong,
Encik Mohamad Sabri bin Abu Bakar. Semoga dengan insentif ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk berlumba-lumba sehingga berakhirnya UPSR 2015 yang akan diadakan pada 8,9 dan 10 September 2015.
"Selamat Maju Jaya"




"Nak Biarlah Berupa Baru Menjadi"