Posts

Showing posts from September, 2014

Jadual Baru Peperiksaan UPSR Pada 30 Sept 2014 dan 9 Okt 2014

Image
  Sumber Berita

Program 1Murid 1Sukan : Bola Jaring dan Bola Baling

Image
KHAMIS, 25 Sept 2014 - Pada jam 8.30 pagi, telah berlangsung Program 1Murid 1Sukan (1M 1S) iaitu Bola Jaring (P) dan Bola Baling (L) bertempat di Padang SK Nibong. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap kategori permainan dibahagikan kepada 3 pasukan. Bola Jaring Hello Kitty (Bip Biru) Pink Girl (Bip Hijau) Sweet Girl (Bip Oren) Bola Baling Nibong Club (Jersi Kelabu) Iron Man Club (Jersi Biru) Winter Of Soldier (Jersi Merah) Selepas waktu rehat, diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Berikut ialah keputusan perlawanan yang menggunakan sistem mata terkumpul. Bola Jaring Hello Kitty (Johan - mata pungutan 6) Pink Girl (Naib Johan - mata pungutan 3) Sweet Girl (Ketiga - mata pungutan 0) Bola Baling Nibong Club (Johan - mata pungutan 4) Iron Man Club (Naib Johan - mata pungutan 3) Winter Of Soldier (Ketiga - mata pungutan 1)

Program Minum Susu Serentak 1 Malaysia

Image
RABU, 24 September 2014 - Telah diadakan Program Minum Susu Serentak 1 Malaysia. Pihak sekolah  tidak ketinggalan untuk mengadakan acara tersebut. Bertempat di dewan SK Nibong, semua pelajar dikumpulkan dan tepat jam 10.30 pagi, semua pelajar minum susu. Pada sebelah pagi, turut diadakan acara senamrobik dan latihan untuk Program 1M1S yang akan diadakan pada 25 September 2014.

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015

Semua Guru Besar di negeri Terengganu hendaklah memastikan guru-guru di bawah seliaannya yang telah mengisi permohonan pertukaran secara   ’online’  e-GTukar   bagi Sesi Januari 2015  menyerahkan  borang permohonan yang telah dicetak dan  ditandatangan  kepada pihak pengurusan sekolah. Tindakan  tunjuk sebab  boleh dikenakan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang gagal menyerahkan borang permohonan masing-masing beserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2014. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan tindakan yang berikut bagi memastikan kelicinan  pengurusan ’ online’  ini berjalan lancar. Mengesahkan permohonan sama ada  menyokong   atau  tidak menyokong  beserta dengan  ulasan bertaip  (wajib ada) sebaik-baiknya sebelum atau pada  30 September 2014 . Memastikan perakuan sama ada seseorang guru itu masih terikat dengan  Perjanjian Latihan Berasaskan Sekolah*  (LPBS) atau status  tindakan tatatertib  yang sedang dikenakan ke atas seseorang guru. Mencet

Penjelasan KPM Berkaitan Penangguhan Kertas & Bahasa Inggeris UPSR 2014

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan

Pemberitahuan : Tweet Palsu

Image
Sumber Berita

Pemberitahuan : Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains 018 UPSR 2014

Image
Sumber Berita

UPSR dikekalkan

PUTRAJAYA 9 Sept. - Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dikekalkan bagi mengukur tahap kemampuan pelajar selepas enam tahun berada di sekolah rendah. Beliau berkata, paling penting peperiksaan itu mampu menilai sejauh mana penguasaan pelajar-pelajar terhadap setiap ilmu pengetahuan yang diajar oleh para guru terutama melibatkan subjek-subjek utama. Mengenai jumlah keseluruhan calon UPSR tahun ini beliau berkata sebanyak 472,853 pelajar terlibat di 8,299 pusat peperiksaan. Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE Sumber Berita

Ke rumah Adik Fikri Tahun 1

Image
SELASA, 9 September 2014 - Pada jam 1.15 petang tadi, guru besar, PK1, PK Ko dan 3 orang guru telah menziarahi adik Muhammad Fikri bin Azmi di rumahnya yang ditahan di wad beberapa hari kerana kecederaan dibahagian kepala. Walaubagaimanapun, keadaan adik Fikri stabil dan kembali sihat. Lawatan ini juga, memberi peluang untuk pihak sekolah mengenali keluarga adik Fikri dengan lebih dekat dan berbincang sebarang permasalahan melibatkan akademik dan sahsiah pelajar ketika di sekolah dan dirumah. Guru Besar, Cikgu Sabri menyampaikan sumbangan derma kepada adik Fikri

9 September 2014.. UPSR

Image
SELASA, 9 September 2014 - Semua pelajar Tahun 6 seluruh negara akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 9 hingga 11 September 2014. Seramai 6 orang calon sekolah ini yang sedang menduduki peperiksaan UPSR yang terdiri daripada 3 murid lelaki dan 3 murid perempuan. Kepada merekalah disandarkan harapan untuk mencipta  sejarah dan kejutan agar keputusan UPSR nanti akan melonjak naik. Pihak sekolah ingin merakamkan  penghargaan yang tidak terhingga kepada Team UPSR 2014 yang telah berusaha gigih melaksanakan pelbagai aktiviti dan strategi  semata-mata untuk memastikan semua murid diberi ruang dan peluang untuk mendaptkan bimbingan bagi menghadapi peperiksaan ini. Akhir kalam doa dari kami warga eSKay Nibong (Guru-guru, Bukan Guru dan AJK PIBG) mengiringi murid. Amin. Ibu calon UPSR sedang membaca yasin di surau sekolah ketika pelajar menjawab peperiksaan

Solat Hajat Perdana UPSR SK Nibong

Image
KHAMIS, 4 September 2014 - Bertempat di surau SK Nibong, telah diadakan Solat Hajat Perdana SK Nibong sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9 September 2014 nanti. Sambutan hangat daripada semua ibubapa calon UPSR, warga sekolah SK Nibong, PIBG serta penduduk setempat untuk menghadiri majlis ini. Semoga dengan berkat doa semua yang hadir, SK Nibong sekali lagi dapat menempa kejayaan dalam USPR 2014. InsyaAllah. Gambar sekitar majlis tersebut.