Posts

Showing posts with the label solat hajat

Solat Hajat Dan Penyerahan Wang RM100

Image
SELASA, 13 Januari 2015 - Program Solat Hajat sempena Tahun Baru Persekolahan 2015 telah berlangsung selepas solat Zohor. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa pelajar SK Nibong. Ramai ibu dan bapa pelajar meluangkan masa mereka untuk menghadiri solat hajat ini yang diadakan di surau lama SK Nibong, Selepas Program Solat Hajat, turut diadakan Majlis Penyerahan Wang RM100 yang diagihkan kepada ibu bapa pelajar yang berlangsung di dewan SK Nibong. Ragam guru semasa persiapan Majlis Pembahagian Wang RM100.

Solat Hajat Perdana UPSR SK Nibong

Image
KHAMIS, 4 September 2014 - Bertempat di surau SK Nibong, telah diadakan Solat Hajat Perdana SK Nibong sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9 September 2014 nanti. Sambutan hangat daripada semua ibubapa calon UPSR, warga sekolah SK Nibong, PIBG serta penduduk setempat untuk menghadiri majlis ini. Semoga dengan berkat doa semua yang hadir, SK Nibong sekali lagi dapat menempa kejayaan dalam USPR 2014. InsyaAllah. Gambar sekitar majlis tersebut.