Posts

Showing posts from January, 2015

Zon Bertali Leher

Image
Sempena sesi persekolahan 2015, SK Nibong telah mewajibkan semua pelajar dan guru lelaki memakai tali leher sekolah.

Ping Pong Zon KDSR4

Image
Sekalung tahniah untuk adik Muhammad Ariff Irfan bin Azman kerana berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Ping Pong peringkat Zon KDSR4 yang telah diadakan di SK Teris baru-baru ini. Walaupun latihan dalam waktu yang singkat, tetapi semangat yang kental membawa kejayaan kepadanya. Glitter Text Maker

Watikah Perlantikan Pengawas Bagi Sesi Persekolahan 2015

Image
AHAD, 25 Januari 2015 - Hari ini telah berlangsung satu majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan bagi sesi 2015. Acara ini berlangsung selepas perhimpunan pagi Ahad. Seramai 12 orang pelajar telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan seramai 9 orang pelajar dilantik sebagai pengawas perpustakaan. Guru yang bertanggungjawab ke ats pengawas sekolah adalah Pn. Zawati binti Rozali dan En. Azizan bin Ismail pula sebagai guru penyelaras bagi pengawas perpustakaan. Semoga dengan perlantikan ini akan memberi keazaman kepada mereka dan menjadi pelajar contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain. Barisan Pengawas Sekolah 2015 Barisan Pengawas Perpustakaan 2015

Majlis Penutup Transisi Tahun 1 2015 dan Sambutan Maulidur Rasul 1436H

Image
Khamis, 22 Januari 2015 - Telah berlangsung 2 program di sekolah iaitu Majlis Penutup Transisi Tahun 1 2015 dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H. Kedua-dua majlis ini berlangsung di dewan SK Nibong jam 10.30 pagi selepas waktu rehat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Nibong, En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar.

Program Prihatin Kaunseling SST Perdana Pasca Banjir Kepada Murid Mangsa Banjir Negeri Terengganu

Image
KHAMIS, 15 Januari 2015 - Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 10.30 pagi selepas waktu rehat dan diadakan di dewan SK Nibong. Program ini telah disampaikan oleh 2 orang kaunselor , Cikgu Rozaida binti Razal (SMK Telemong) dan Cikgu Suraya binti Ramli ( SMK Bukit Diman). Pelajar gembira menerima hadiah sumbangan daripada RHB Gambar sekitar program tersebut.

Solat Hajat Dan Penyerahan Wang RM100

Image
SELASA, 13 Januari 2015 - Program Solat Hajat sempena Tahun Baru Persekolahan 2015 telah berlangsung selepas solat Zohor. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa pelajar SK Nibong. Ramai ibu dan bapa pelajar meluangkan masa mereka untuk menghadiri solat hajat ini yang diadakan di surau lama SK Nibong, Selepas Program Solat Hajat, turut diadakan Majlis Penyerahan Wang RM100 yang diagihkan kepada ibu bapa pelajar yang berlangsung di dewan SK Nibong. Ragam guru semasa persiapan Majlis Pembahagian Wang RM100.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Image
AHAD, 11 Januari 2015 - Sesi persekolahan bagi tahun 2015 bermula hari ini. Seramai 6 orang pelajar tahun 1 yang mendaftar tahun ini. Pelajar Tahun 1 bersama guru kelas, Ustazah Nor Afizah binti Muda Enrolmen pelajar bagi tahun 2015 = 57 orang Enrolmen guru bagi tahun 2015 = 14 orang (termasuk guru besar) Enrolmen pelajar bagi tahun 2015 bertambah seramai 5 orang berbanding pada tahun 2014 iaitu seramai 52 orang. Enrolmen guru bertambah 1 orang berbanding 2014 seramai 13 orang (termasuk guru besar). Semoga kejayaan SK Nibong akan terus cemerlang dan gemilang untuk sesi tahun 2015. Suasana ketika di kantin dipermulaan sesi persekolahan. Perasmian penggunaan 'punchcard' sekolah bermula 11 januari 2015