AHAD , 4/2/2018 - Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya mengadakan Minggu PPDA peringkat sekolah yang berlangsung selama satu minggu dari 4 Februari - 8 Februari 2018. Program ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan para pelajar tentang bahaya najis dadah dan langkah keselamatan untuk menjaga diri masing- masing. Tema program kali ini adalah
' I' M SAFE '.
Perasmian Minggu ini telah dirasmikan oleh En Zulmajdi Bin Salleh, Guru Besar Sk Nibong selepas perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad ( 4 Februari 2018 ). Acara gimik perasmian juga telah disempurnakan oleh sebahagian pelajar Tahun 5.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminggu antaranya ialah
- Menonton tayangan pendek Video Boboboi
- Solat Hajat
- Senamrobik
- Tayangan Zikir Taubat dan Bila Tiba
- Sesi Tazkiyatun Nafs
Program PPDA berakhir dengan penuh baik. Para pelajar diberi penghormatan untuk menandatangani tandatangan mereka di 'banner' Im Safe atas tanda sokongan 'Kami Benci Dadah'.
 |
Aktivti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Mat Zaid bersama waki pelajar Tahun 5 dan 6 |
 |
Solat hajat penutup dan bacaan yasin bagi hari terakhir Minggu PPDa |
Comments
Post a Comment