Posts

Showing posts from November, 2014

60,000 guru ijazah 2015, 40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan

KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG). Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai Mac. Mereka akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.  Guru yang mengikuti PPG katanya, diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan.  “PPG yang dilaksana pada RMKe-10 adalah penerus kepada dasar latihan keguruan yang dirancang sebelum ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran da

UPSR 2014

Image
26 November 2014, RABU - Hari ini keputusan peperiksaan UPSR 2014 diumumkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Alhamdulillah, buat kesekian kalinya, seorang daripada 6 calon UPSR 2014 berjaya mendapat 5A. Sekaligus masih mengekalkan kecemerlangan UPSR 2014. Tahniah untuk Adik Muhammad Qusyairi bin Mudzaudin. Beliau juga merupakan Tokoh Akademik SK Nibong 2014. Tahniah daripada semua warga SK Nibong. Adik Qusyairi diapit oleh Guru Besar, Cikgu Mohamad Sabri dan bapanya, En. Mudzaudin Pelajar bersama ibu bapa masing-masing mengambil keputusan UPSR dengan GPK1, Ustaz A. Rahim Guru Besar sedang memberi taklimat kepada ibu bapa pelajar Sesi taklimat guru besar dengan pelajar UPSR 2014

Majlis Menjunjung Ilmu SK Nibong 2014

Image
18 November 2014, SELASA - Bertempat di dewan SK Nibong, telah berlangsung satu majlis untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang. Acara ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Nibong iaitu Tuan Haji Harun bin Tuan Hamid. Acara dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan Program Temu Murni dimana sesi ibu bapa bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan perkembangan pelajar ketika berada di sekolah dan menandatangani buku rekod akademik. Sesi Pendaftaran Ibu Bapa Acara dewan dimulakan tepat jam 10.00 pagi selepas ketibaan YDP PIBG SK Nibong. Selepas berakhirnya acara persembahan Tae Kwon Do, acara pembahagian hadiah iaitu bagi kategori Kedudukan Terbaik Dalam Kelas, Matapelajaran Terbaik Tahap 1 dan 2 dan Kehadiran Penuh. Acara Penyampaian Hadiah dan Sijil-sijil penghargaan dimulakan. Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Acara persembahan kedua iaitu tarian Sumazau. Kemudian diselang seli d

Hi-Tea Ri-Yaz Heritage SK Nibong

Image
AHAD, 16 November 2014 - Bertempat di Ri-Yaz Heritage, Duyung, Terengganu telah berlangsung satu majlis Jamuan Akhir Tahun khas untuk guru. AJK PIBG SK Nibong turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Tepat jam 3 petang semua guru dan AJK PIBG mengambil tempat untuk memulakan majlis tersebut. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Selepas acara menjamu selera, acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu Puan Zawati binti Rozali. Kemudian diikuti oleh ucapan Pengerusi Kelab Guru SK Nibong, En. Zulkifle bin Zakaria. Kemudian ucapan NYDP PIBG SK Nibong mewakili YDP PIBG yang tidak dapat hadir iaitu En. Mohd Shukri bin Yusof. Selepas acara selesai, semua hadirin bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Gambar-gambar gelagat sepanjang majlis tersebut.