Posts

Showing posts from November, 2012

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Image
Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2012 yang telah diadakan pada 7 November 2012 yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum bagi tahun 2012. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli , pelajar dari Tahun 5 dan Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri , pelajar Tahun 6 untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2012. Profil Tokoh Kurikulum 2012: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri Ciri-ciri dan perwatakan yang ada pada beliau: 1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan 2. Berpotensi untuk cemerlang dalam kurikulum 3. Seorang pelajar yang ringan tulang dalam memberi pertolongan kepada para guru 4. Bergiat aktif dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya: mewakili sekolah dalam Pertandingan Badminton Peringkat MSSDHT dan berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-3

KEJAYAAN MILIK KAMI: SK Nibong Cemerlang 2012

Image
Salam Bertepatan moto sekolah: SEKOLAH NIBONG CEMERLANG 2012, penantian hampir 8 tahun.. akhirnya membuahkan kejayaan dan saat yang cukup indah bagi semua warga SK Nibong. Ternyata, keputusan UPSR 2012 begitu memberangsangkan, daripada 9 calon UPSR... 3 orang telah berjaya memecahkan rekod dengan mendapat 5A. Sekalung tahniah buat Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri, Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis dan Adik Nur Hazirah binti Sedek kerana telah berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2012. Bagi calon-calon lain.. jangan bersedih... usaha lagi... perjalanan adik-adik masih jauh.... teruskan berusaha.... TAHNIAH!!!! *update: Suasana Selepas Pengumuman Keputusan UPSR 2012 oleh Guru Besar, En.Mohd Azam bin Puteh Dar Kiri: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri, Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis, Adik Nur Hazirah binti Sedek