Posts

Showing posts with the label selamat hari raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Image
KHAMIS, 7 Ogos 2014 - Bertempat di dewan SK Nibong, telah diadakan satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 10.45 pagi. Turut menghadiri majlis ini ialah YDP PIBG, Tuan Haji Harun bin Haji Hamid dan Timbalan YDP PIBG, En. Mohd Shukri bin Yusof. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu En. Azizan bin Ismail, kemudian pembacaan doa oleh, En. A. Rahim bin Zahid. Selepas itu, acara Pertandingan Baju Raya Tercantik diadakan. Semua pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat. Selesai pertandingan baju tercantik, persembahan pelajar oleh Tahun 2 dengan lagu Balik Kampung, Tahun 3 (Anugerah Syawal), Tahun 4 (Seloka Hari Raya), Tahun 5 (Suasana Hari Raya) dan Tahun 6 (Selamat Hari Raya). Acara jamuan bermula. Doa makan diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, Adik Qusyairi bin Mudzaudin. Gambar sekitar majlis tersebut. SELAMAT HARI RA...

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan Al-Mubarak 1435H/2014M

Image
Tepat jam 9.15 pagi, semua murid dan guru-guru SK Nibong berkumpul di dewan SK Nibong untuk meraikan Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan Al-Mubarak. Majlis asal yang sepatutnya berlangsung jam 10.15 pagi terpaksa diawalkan untuk memberi laluan kepada Mesyuarat JK UPSR Kali Ke-4 yang akan diadakan selepas program khatam Al-Quran. Backdrop Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan Al-Mubarak Pelajar & guru mula berkumpul di dewab Membaca Asmaul Husna beramai-ramai Bacaan Asmaul Husna juga turut dipancarkan di skrin Bacaan Surah Al-Qadr dan tafsirannya oleh adik Aidil (kiri) dan adik Qusyairi (kanan) Peserta khatam Al-Quran mengambil tempat duduk dan bersedia untuk memulakan acara khatam Al-Quran Bacaan Doa selepas khatam Al-Quran yang diketuai oleh adik Qusyairi (baju merah jambu) Ucapan Guru Besar, Cikgu Mohamad Sabri bin Abu Bakar Penyampaian cenderamat kepada peserta khatam Al-Quran Penyampaian sedikit hadiah untuk 2 pelajar anak yatim. Majlis be...