Posts

Showing posts from October, 2014

Kem Bestari Solat

Image
KHAMIS, 16 OKTOBER 2014 - Satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk pelajar tahun 1 hingga Tahun 5. Kem ini memfokuskan bagaimana mendirikan solat dengan betul. Kem ini dipimpin oleh Ustazah Nor Afizah binti Muda. Diharap pelajar SK Nibong mendapat ilmu ini dan berjaya dipraktikkan dalam kehidupan harian. InsyaAllah.

Lawatan Sekolah ke Gambang Waterpark, Pahang

Image
KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Satu lawatan sekolah ke Gambang Waterpark, Pahang telah diadakan. Lawatan ini dibuka untuk semua pelajar tahun 6 bersama penjaga masing-masing. Tawaran mengikuti rombongan ini turut dibuka kepada pelajar tahun 4 dan tahun 3 dengan syarat, mesti ada penjaga masing-masing untuk menjaga keselamatan ketika berada di sana. Seramai 5 orang guru pengiring iaitu En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar (Guru Besar), En. A. Rahim bin Zahid (GPK Pentadbiran), En. Mohamad Zamri bin Abdul Rahman (GPK HEM), En. Zulkifle bin Zakaria (Guru Tahun 6) dan Pn. Zawati binti Rozali (Guru Tahun 6) turut menyertai lawatan ini. Dengan penyertaan guru-guru bersama pentadbir sekolah dan penjaga pelajar, diharap hubungan baik antara pihak sekolah dan penjaga pelajar SK Nibong dapat dijalinkan dengan lebih erat demi kejayaan anak-anak SK Nibong. InsyaAllah.

Pelaksanaan Ujian Segak Matapelajaran Pendidikan Jasmani (PJPK) SK Nibong 2014

Image
SELASA, 7 Oktober 2014 - Telah mengadakan Ujian Segak Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) 2014 di dewan SK Nibong bermula jam 2.00 petang.