Posts

Showing posts from May, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Image
ISNIN, 18 Mei 2015 - Pada hari ini, semua sekolah seluruh Malaysia menyambut Hari Guru 2015 di peringkat sekolah. Tidak ketinggalan juga SK Nibong turut merayakan Hari Guru 2015 pada hari ini. Seawal jam 8 pagi, aktiviti padang dimulakan. Semua guru, kakitangan sekolah, guru KAFA dan pekerja swasta turut melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Acara pertama yang diadakan ialah perlawanan Futsal antara guru lelaki vs pelajar lelaki dan kemenangan berpihak kepada guru lelaki. Selepas itu, acara bola jaring guru perempuan vs pelajar perempuan yang juga kemenangan berpihak kepada pasukan guru. Selesai acara bebas, kemudian diadakan acara berkumpulan yang melibatkan semua guru, kakitangan dan pekerja swasta iaitu "Kukur Nyiur", "Boling Kelapa" dan "Badminton Air". Kemudian acara individu pula diadakan di dewan iaitu "Laga Ayam" untuk pasukan guru lelaki dan "Musang Berjanggut" untuk pasukan guru perempuan. Acara dihentikan pad

Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu Sempena Hari Guru 2015

Image
SABTU, 16 Mei 2015 - Satu program gotong royong telah diadakan di semua sekolah seluruh negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru 2015. Acara tersebut telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Tahniah!!

Image
KHAMIS, 7 Mei 2015 - Program Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Padang Setebu, Hulu Terengganu. Pihak sekolah telah menghantar 2 orang wakil pelajar iaitu, Adik Muhammad Aidil Hafiz bin Nor Hisham (Public Speaking) dan Adik Che Ros Awien binti Che Rosli (Story Telling). Alhamdulillah, wakil SK Nibong dalam public speaking iaitu Adik Aidil berjaya merangkul tempat ke-2. Tahniah!!

Tema Hari Guru 2015

GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK Huraian Tema Hari Guru 2015 DEFINISI GURU : Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.  MEMBINA ILMU : Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif). MENYEMPURNAKAN : Menjadikan sempurna ata lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. AKHLAK : Budi pekerti da