Posts

Showing posts from August, 2014

Majlis Penyampaian Insentif 5A dan Lulus Semua Matapelajaran

Image
AHAD, 17 Ogos 2014 -  Majlis Penyampaian Insentif 5A  dan Lulus Semua Matapelajaran kepada murid UPSR 2014. Dalam majlis ini, seramai 4 orang murid telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam Peperiksaan Percubaan yang diadakan pada 20 Julai 2014. Pencapaian 5A - 16.66% Lulus Semua Matapelajaran - 83.33% Kami warga eSKay Nibong mendoakan semoga pelajar akan dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan UPSR nanti dan akan melahirkan keputusan yang CEMERLANG. "Nak Biarlah Berupa Baru Menjadi"

Program Ceramah Motivasi Keibubapaan

Image
RABU, 12 Ogos 2014 - Jawatankuasa PIBG SK Nibong dengan kerjasama JK Kemajuan dan Keselamatan Kampung Nibong telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi Keibubapaan yang bertemakan "Keluarga Cemerlang, Komuniti Terbilang" bertempat di Dewan SK Nibong. Penceramah jemputan, En. Mahusin bin Taib (Pengurus Seranta Zon Timur, YPM). Program ini bermula seawal pukul 2.00 petang untuk sesi pendaftaran. Seramai 50 orang ibubapa dan penjaga murid UPSR, PT3, SPM dan STPM telah hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran semua ibubapa ke program ini akan mendapat manfaat dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian. Ucapan Guru Besar oleh En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar En. Mohd Shukri bin Yusuf (kiri) berbincang sesuatu dengan En. Mahusin bin Taib (baju putih) En. Mahusin bin Taib bertanyakan sesuatu kepada kaum ibu semasa sesi ceramah Gambar sekitar program ceramah tersebut View all Get your own

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Image
LOGO Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan. Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda. Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukunga

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Image
KHAMIS, 7 Ogos 2014 - Bertempat di dewan SK Nibong, telah diadakan satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 10.45 pagi. Turut menghadiri majlis ini ialah YDP PIBG, Tuan Haji Harun bin Haji Hamid dan Timbalan YDP PIBG, En. Mohd Shukri bin Yusof. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu En. Azizan bin Ismail, kemudian pembacaan doa oleh, En. A. Rahim bin Zahid. Selepas itu, acara Pertandingan Baju Raya Tercantik diadakan. Semua pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat. Selesai pertandingan baju tercantik, persembahan pelajar oleh Tahun 2 dengan lagu Balik Kampung, Tahun 3 (Anugerah Syawal), Tahun 4 (Seloka Hari Raya), Tahun 5 (Suasana Hari Raya) dan Tahun 6 (Selamat Hari Raya). Acara jamuan bermula. Doa makan diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, Adik Qusyairi bin Mudzaudin. Gambar sekitar majlis tersebut. SELAMAT HARI RA

Program Temu Murni UPSR 2014 kali ke-2

Image
RABU, 6 Ogos 2014 - Majlis Temu Murni Penjaga Tahun 6 SK Nibong telah diadakan di perpustakaan SK Nibong dengan dihadiri oleh semua ibu bapa atau penjaga pelajar Tahun 6, serta guru-guru matapelajaran UPSR. Guru Besar menerangkan berkaitan pencapaian murid dalam Peperiksaan Percubaan yang telah diadakan pada 21 - 23 Julai 2014 yang lalu. Dalam majlis ini juga Guru Besar menerangkan beberapa program yang akan dilaksanakan menjelang 9 September 2014, bagi memastikan peningkatan pencapaian murid yang berterusan sehingga peperiksaan sebenar. Gambar sekitar majlis berlangsung.