Posts

Showing posts from February, 2018

PROGRAM MEMBASMI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Image
SELASA, 27/2/2018 - Pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Malaysia telah mengadakan saty ceramah berkaitan dengan pembiakan Nyamuk Aedes. Program telah berlangsung bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Murid - murid juga turut terlibat dalam sesi soal jawab pada sesi akhir ceramah. Pihak KKM telah menyediakan sampel Nyamuk Aedes dan lava untuk tontonan murid- murid di akhir sesi ceramah. Ceramah bersama Pegawai dr Jabatan Kesihatan Malayisa Peserta dari kalangan pelajar tahap dua khusyuk mendengar ceramah Mohd Adif Iqswan, pelajar Tahun 5 berjaya menjawab soalan dari penceramah Setelah berakhir sesi ceramah, murid- murid disediakan galeri untuk melihat sampel nyamuk aedes dan juga alatan 'fogging' . Replika nyamuk Aedes Sampel lava yang boleh membiak dalam takungan air bersih Pelajar berkesempatan melihat alatan 'fogging'  Murid - murid juga menjalankan sesi gotong royong untuk menhapuskan air taku

LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Image
SABTU, 10/2/2018 - Lawatan YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia ke SK Nibong bagi melihat suasana bangunan bantuan banjir yang telah siap dibina pada awal tahun 2018. Bangunan ini akan digunakan bagi penduduk Kampung Nibong yang juga menjadi mangsa banjir setiap kali musim tengkujuh menjelang.                Turut serta dalam lawatan ini ialah En Mohd Safruddin, Pegarah Pendidikan Negeri Terengganu. Bangunan baru ini terdiri daripada tempat mandi ( kolah ) ,  ruang memasak, bilik persalinan, tandas dan bilik mandi. Ianya akan mula beroperasi pada tahun 2018. YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid bersama Pengarah Pendidkan Negeri Terengganu En Mohd Safruddin, Pegarah Pendidikan Negeri Terengganu turut sama dalam lawatan ini Lawatan bangunan baru untuk mangsa banjir Kg Nibong Guru- guru SK Nibong bersama dengan Mneteri Pendidkan Malaysia

MINGGU PPDA SK NIBONG 2018

Image
                    AHAD , 4/2/2018 -  Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya mengadakan Minggu PPDA peringkat sekolah yang berlangsung selama satu minggu dari 4 Februari - 8 Februari 2018. Program ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan para pelajar tentang bahaya najis dadah dan langkah keselamatan untuk menjaga diri masing- masing. Tema program kali ini adalah   ' I' M SAFE '.                  Perasmian Minggu ini telah dirasmikan oleh En Zulmajdi Bin Salleh, Guru Besar Sk Nibong selepas perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad ( 4 Februari 2018 ). Acara gimik perasmian juga telah disempurnakan oleh sebahagian pelajar Tahun 5.                  Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang seminggu antaranya ialah Menonton tayangan pendek Video Boboboi Solat Hajat  Senamrobik  Tayangan Zikir Taubat dan Bila Tiba Sesi Tazkiyatun Nafs Program PPDA berakhir dengan penuh baik. Para pelajar diberi penghormatan untuk menandatangani tandat