Posts

Showing posts from May, 2014

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah

Image
18 Mei 2014, Ahad - SK Nibong telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara bermula seawal pukul 8.15 pagi dengan aktiviti senaman ringan sebelum bermula permainan. Acara padang dimulakan dengan pertandingan bola 'katok' perlawanan antara guru perempuan vs pelaja perempuan. Kemudian acara bola sepak guru lelaki vs pelajar lelaki. Selesai perlawan bola sepak, acara sukaneka untuk guru-guru diadakan. Dimana, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan  guru KAFA dilibatkan kemudian diasingkan menjadi 4 kumpulan iaitu: ALZA  : 1. En. Zu (Ketua)                2. Pn. Zawati                3. Pn. Rohana                4. Pn. Zaiman (Pekerja)                5. Pn. Bariah (KAFA) SATRIA : 1. En. Zamijan (Ketua)                  2. En. A. Karim (GB)                  3. Pn. Zuriati                  4. Pn Illi (PT)                  5. Pn. Zaleha (KAFA) PERSONA : 1. En. Zulkifle (Ketua)                      2. En. A. Rahim                 

Selamat Hari Guru

Image
Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2014, mari kita selidik apakah maksud tema Hari Guru 2014. Definisi: GURU - Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti  dalam usaha melahirkan generasi intelek. KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif. PENJANA - Merujuk maksud guru sebagai penggeraka atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan. INOVASI - Didefinasikan sebagai pengaplikasian kreativiti,pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih b

Majlis Temu Murni

Image
Pada  12 Mei 2014 bertempat di perpustakaan SK Nibong, telah berlangsung Majlis Temu Murni di antara pihak sekolah dan ibu bapa tahun 6. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan pelbagai isu dan aspek untuk meningkatkan prestasi UPSR 2014. Alhamdulillah... majlis ini mendapat sambutan ibu bapa pelajar tahun 6 dimana., kesemua ibu atau bapa pelajar Tahun 6 sudi hadir ke majlis ini. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa serta memartabatkan lagi kejayaan SK Nibong. Terima kasih.

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu 2014

Image
Pada 10 Mei 2014 telah berlangsung majlis penutup Program Minggu Bahasa Melayu SK Nibong. Pada majlis tersebut turut diadakan pesta berpantun di kalangan pelajar.

Minggu Bahasa 2014 (4-10 Mei 2014)

Image