Posts

Showing posts from August, 2015

INSENTIF PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015

Image
Pada 28,29 dan 30 Julai 2015 - eSKay Nibong telah mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015. Seramai 8 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Keputusan peperiksaan adalah sebagaimana berikut; a)  Lulus minima C        : 87.5% b)  5A                             : 1 orang (12.7%) c)  3A 2B                        : 1 orang d)  2A 3B                        : 1 orang e)  3B 2C                         : 4 orang f)   Gagal                         : 1 orang       Murid target 5A seramai 3 orang telah diraikan dalam majlis perhimpunan mingguan, dan penyampaian insentif berupa wang tunai telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar eSKay Nibong, Encik Mohamad Sabri bin Abu Bakar. Semoga dengan insentif ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk berlumba-lumba sehingga berakhirnya UPSR 2015 yang akan diadakan pada 8,9 dan 10 September 2015. "Selamat Maju Jaya" "Nak Biarlah Berupa Baru Menjadi"

‘Mat Salleh’ buktikan B.Melayu mudah dipelajari 3 OGOS 2015

Image
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang bergambar bersama peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2015 di majlis meraikan mereka di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama 3 OGOS 2015 -  SEKADAR  mendengar suara penutur Bahasa Melayu dengan fasih tanpa melihat wajahnya, pasti ramai menyangka ia seorang Melayu.    Namun, sangkaan itu meleset apabila pendengar menatap wajah di penutur.    Beliau sebenarnya seorang "Mat Salleh".    Joshua Parfitt (ulang: Joshua Parfitt), rakyat Britain ini berjaya mencuri tumpuan hadirin pada majlis resepsi peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) di sini apabila berkata rakyat Malaysia harus berbangga kerana Bahasa Melayu mempunyai tempat tersendiri di peringkat antarabangsa.    "Bahasa Melayu semakin mekar di celah-celah Bahasa Inggeris, tidak sep
Image
KUALA BERANG Rabu - 05 Ogos 2015 - eSKay Nibong telah dikunjungi oleh Cikgu Azmai bin Talib Pegawai SISC+ Matematik daripada PPD Hulu Terengganu. Beliau sempat memberi suntikan semangat kepada calon-calon UPSR eSKay Nibong tahun 2015 agar berusaha dengan gigih di saat-saat hampir dengan tarikh Peperiksaan UPSR. Beliau juga mendoakan semoga calon-calon UPSR eSKay Nibong berjaya dalam peperiksaan nanti, dan ini akan melonjakkan nama sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.          Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang telah sudi meluangkan sedikit waktu untuk calon-calon kami. Terima kasih.

JAMUAN MAJLIS PERPISAHAN

Image
KUALA TERENGGANU - Rabu 29 Julai 2015 Jamuan Majlis Perpisahan telah di adakan di Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu untuk meraikan dua orang staff yang telah bertukar ke sekolah yang baru. Pegawai tersebut ialah: 1.   Nur Illy binti Mohd Kamal - Pembantu Tadbir N17 2. Nordiana Shilda binti Mamat @ Mohamed - Executive Information Officer (EIO) 3. Selain daripada staff sekolah, majlis ini juga telah dihadiri oleh AJK PIBG untuk meraikan mereka