Posts

Showing posts from April, 2014

Latihan Kebakaran

Image
Pada 29 April 2014 telah berlangsung Latihan Kebakaran atau 'Fire Drill" pada pukul 2.30 petang bersama dengan Pegawai Bomba dari Pejabat Bomba Kuala Berang. Acara dimulakan dengan ceramah mengenai keselamatan dan tatacara menangani kebakaran yang disampaikan oleh Encik Khairul. Kemudian, demonstrasi memadam kebakaran serta memperkenalkan pelbagai peralatan yang terdapat disebuah kenderaan bomba. Untuk melihat galeri gambar sila klik >>>>> Gambar

Taklimat iThink

Image
Pada 29 April 2014 telah berlangsung taklimat dan kursus dalam iThink untuk semua guru SK Nibong yang telah disampaikan oleh guru besar SK Nibong, En. Abdul Karim bin Taib.

Program SISC+

Image
Program SISC+ telah berlangsung pada 29 April 2014 bertempat di makmal komputer SK Nibong. Program ini telah disampaikan oleh Pn. Laileesun binti Ishak. Semua guru tahun 6 telah hadir.

Smart English YDSM Zon KDSR 4 2014

Image
Gambar sekitar program Smart English YDSM Zon KDSR4 2014 bertempat di SK Matang, Hulu Terengganu pada 24 April 2014. Berikut gambar sekitar sesi latihan pada 22 April 2014.

Ceramah Kesedaran Malaria

Pada 10 April 2014, telah berlangsung satu ceramah berkenaan malaria yang telah disampaikan oleh pihak Klinik Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Gambar Sekitar Ceramah Kesedaran Malaria

Karnival Bahasa Melayu 2014

Image
Pada 2 April 2014 telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu peringkat Zon KDSR 4 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas. Pihak sekolah telah menghantar penyertaan dalam acara Pertandingan Bercerita Tahap 1 & 2. Adik Muhammad Qusyairi bin Mudzaudin - Tahap 2 Adik Nur Batrisya binti Mudzaudin - Tahap 1 Pertandingan bercerita untuk tahun ini disertai oleh 2 beradik iaitu adik Muhammad Qusyairi bin Mudzaudin untuk kategori Tahap 2 dan adiknya, Nur Batrisya binti Mudzaudin, kategori Tahap 1. Walaupun keputusan tidak memihak kepada sekolah untuk berada di dalam kelompok Top 5, diharap pengalaman pertandingan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk digunakan pada masa akan datang. :-) Gambar sekitar majlis tersebut.