Posts

Showing posts from March, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Pada 19 Mac 2014 bertempat di Dewan SK Nibong, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG 2014 kali ke-33. Majlis tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh En. Hasnul Al-Hadi bin Ahmad mewakili pihak PPDHT. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.00 petang. Sebelum memulakan mesyuarat rasmi, majlis tersebut turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam UPSR 2013. Majlis ini mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan hingga hampir 100% kehadiran. Terima kasih kepada ibu bapa yang turut sama menyokong usahasama sekolah. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar dan warga kg. Nibong. Gambar sekitar majlis tersebut ... Powered by Cincopa Video Hosting solution.

Sumbangan Mangsa Kemalangan Bekas Pengawal Keselamatan Sekolah

Image
Pada 10 Mac 2014, wakil sekolah telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa kemalangan yang mengakibatkan sebelah tangan terpaksa dipotong. Mangsa merupakan suami kepada salah seorang pengawal keselamatan sekolah dan juga pernah berkhidmat di SK Nibong sebagai pengawal keselamatan.

Majlis Penutup: Minggu Anti Dadah 2014 Peringkat Sekolah

Image
Pada 6 Mac 2014, telah berlangsung majlis penutup sempena Minggu Anti Dadah 2014. Antara acara yang telah diadakan ialah : 1. Petandingan Melukis Poster (Tahap 2) 2. Pertandingan Mewarna (Tahap 1) 3. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tahap 2) 4. Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi (Tahap 1) Senarai pemenang diumumkan ketika perhimpunan rasmi pada hari Ahad. Gambar sekitar majlis tersebut berlangsung. **UPDATE Gambar sekitar majlis penyampaian hadiah yang terpaksa ditangguh pada 10 Mac 2014.  

Sambutan Minggu Anti Dadah 2014: Perasmian

Image
Bermula seawal 8 pagi selepas perhimpunan rasmi bertempat di dewan SK Nibong, telah berlangsung acara perasmian Minggu Anti Dadah 2014 yang akan berlangsung bermula 2 Mac 2014 sehingga 6 Mac 2014. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Nibong, En. Abdul Karim bin Taib Pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En. Zamijan bin Ismail. Gimik pelancaran yang disempurnakan oleh guru besar. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar