Posts

Showing posts with the label badan sihat

Ping Pong Zon KDSR4

Image
Sekalung tahniah untuk adik Muhammad Ariff Irfan bin Azman kerana berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Ping Pong peringkat Zon KDSR4 yang telah diadakan di SK Teris baru-baru ini. Walaupun latihan dalam waktu yang singkat, tetapi semangat yang kental membawa kejayaan kepadanya. Glitter Text Maker

Program 1Murid 1Sukan : Bola Jaring dan Bola Baling

Image
KHAMIS, 25 Sept 2014 - Pada jam 8.30 pagi, telah berlangsung Program 1Murid 1Sukan (1M 1S) iaitu Bola Jaring (P) dan Bola Baling (L) bertempat di Padang SK Nibong. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap kategori permainan dibahagikan kepada 3 pasukan. Bola Jaring Hello Kitty (Bip Biru) Pink Girl (Bip Hijau) Sweet Girl (Bip Oren) Bola Baling Nibong Club (Jersi Kelabu) Iron Man Club (Jersi Biru) Winter Of Soldier (Jersi Merah) Selepas waktu rehat, diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Berikut ialah keputusan perlawanan yang menggunakan sistem mata terkumpul. Bola Jaring Hello Kitty (Johan - mata pungutan 6) Pink Girl (Naib Johan - mata pungutan 3) Sweet Girl (Ketiga - mata pungutan 0) Bola Baling Nibong Club (Johan - mata pungutan 4) Iron Man Club (Naib Johan - mata pungutan 3) Winter Of Soldier (Ketiga - mata pungutan 1)