Selamat Hari Guru
Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2014, mari kita selidik apakah maksud tema Hari Guru 2014. Definisi: GURU - Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek. KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif. PENJANA - Merujuk maksud guru sebagai penggeraka atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan. INOVASI - Didefinasikan sebagai pengaplikasian kreativiti,pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang leb...