Posts

Showing posts from May, 2011

Pertandingan Inovasi Dalam ICT

Pada 23 April 2011 yang lalu, seramai 5 peserta dari SK Nibong iaitu adik Nur Ainina Nazifah bt Mohd Syukri, adik Nur Hazirah bt Sedek , yang mewakili untuk pertandingan Speed Typing , adik Umairah Najwa bt Zaib , wakil untuk Melukis Poster Menggunakan Microsoft Paint , adik Nur Fathirah Aqilah bt. Mohd Jahis dan adik Ezzatuldina Bainun bt Mohd Zaki , 2 wakil untuk pertandingan Digital Story Menggunakan Microsoft PowePoint . Mereka mewakili sekolah dalam Pertandingan Inovasi Dalam ICT sempena Program Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2011 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu bertempat di Perpustakaan Awam Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Umairah Najwa bt Zaib kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Melukis Poster Menggunakan Microsoft Paint. Diharap penyertaan ini akan memberi kenangan manis buat peserta2 kita dan memberi pengalaman serta pendedahan dalam dunia ICT.