Posts

Showing posts from June, 2018

PROGRAM QURAN HOUR ( 10 MINIT )

Image
Khamis, 7/6/2018 - Program 10 minit bersama Quran telah dijalankan di peringkat sekolah. Program ini adalah program serentak yang berlaku di seluruh Malaysia sempena Bulan Ramadhan. Sekolah Kebangsaan Nibong turut mengambil peluang menjayakan program tersebut. Semua pelajar dan guru dikehendaki untuk berkumpul di dewan sekolah untu sama- sama membaca Quran. Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Norafizah Bt Muda. Ustazah Norafizah selaku Penyelaras program Selain itu, program lain juga turut digabungkan bersama iaitu Majlis Khatam Al Quran, sempena bulan Ramadhan. Pelajar yang terpilih telah dilantik untuk mengetuai bacaan di atas pentas sekolah. Para pelajar juga turut ditayangkan video untuk sama- sama mengambil pengajaran. Tayangan tazkirah Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nibong, En Zulmajdi Bin Salleh Guru Besar SK Nibong