Sambutan Hari Guru 2015



ISNIN, 18 Mei 2015 - Pada hari ini, semua sekolah seluruh Malaysia menyambut Hari Guru 2015 di peringkat sekolah. Tidak ketinggalan juga SK Nibong turut merayakan Hari Guru 2015 pada hari ini. Seawal jam 8 pagi, aktiviti padang dimulakan. Semua guru, kakitangan sekolah, guru KAFA dan pekerja swasta turut melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Acara pertama yang diadakan ialah perlawanan Futsal antara guru lelaki vs pelajar lelaki dan kemenangan berpihak kepada guru lelaki. Selepas itu, acara bola jaring guru perempuan vs pelajar perempuan yang juga kemenangan berpihak kepada pasukan guru.



Selesai acara bebas, kemudian diadakan acara berkumpulan yang melibatkan semua guru, kakitangan dan pekerja swasta iaitu "Kukur Nyiur", "Boling Kelapa" dan "Badminton Air". Kemudian acara individu pula diadakan di dewan iaitu "Laga Ayam" untuk pasukan guru lelaki dan "Musang Berjanggut" untuk pasukan guru perempuan. Acara dihentikan pada jam 10.15 pagi untuk memberi laluan waktu rehat.



Jam 11 pagi, dimulakan acara formal yang diadakan di dalam dewan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz A. Rahim bin Zahid (GPK 1) kemudian ucapan guru besar kemudian diteruskan dengan pembacaan perutusan Hari Guru 2015 yang disempurnakan oleh guru besar, Cikgu Mohamad Sabri bin Abu Bakar.

Sebaik sahaja selesai pembacaan perutusan Hari Guru 2015, semua guru termasuk guru KAFA naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" kemudian bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh guru besar sendiri.

Kemudian, acara pemotongan kek Hari Guru disempurnakan secara beramai-ramai oleh semua guru. Selepas acara pemotongan kek, acara yang dewan yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan pelajar dan guru-guru. Acara dimulakan dengan persembahan daripada pelajar tahun 3 kemudian diikuti Tahun 6 dengan menyampaikan sajak guru kemudian menyanyikan lagu "Guruku Tersayang". Acara terus mendapat sambutan dengan persembahan guru lelaki yang menyanyikan lagu "Isabella". Kemudian pelajar tahun 5 pula mengambil tempat dengan menyampaikan lagu "Terima Kasih Cikgu".

Majlis diteruskan lagi dengan kemunculan persembahan guru perempuan dengan menyampaikan lagu "Anak Kampung" yang diubahsuai lirik bertemakan guru. Kemudian sekali lagi guru lelaki naik ke pentas untuk menyampaikan persembahan kedua iaitu lagu "Ratuku".

Guru Besar turut berbesar hati membuat persembahan secara solo di atas permintaan warga SK Nibong dengan menyampaikan lagu "Gerimis Mengundang".

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada guru, kakitangan dan pekerja swasta serta hadiah kepada pemenang acara padang yang diadakan sebelah pagi.

Terima kasih kepada semua warga SK Nibong kerana begitu memberi komitmen untuk melancarkan lagi majlis sambutan Hari Guru dan ternyata sambutan tahun ini begitu meriah. Terima kasih sekali lagi. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.



Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015