Mesyuarat Agung PIBG SK Nibong Kali ke-34 Tahun 2015
KHAMIS, 5 Mac 2015 - Telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 untuk Tahun 2015 yang diadakan tepat jam 2.30 petang di dewan SK Nibong. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnul Al-Hadi bin Ahmad (wakil PPDHT) menggantikan YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat yang tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain.
Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu En. Zulkifle bin Zakaria kemudian pembacaan doa oleh Ustaz A. Rahim bin Zahid (GPK Pentadbiran). Kemudian acara diteruskan dengan Ucapan oleh YDP PIBG SK Nibong, En. Tuan Haji Harun bin Tuan Hamid, diikuti ucapan oleh En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar (GB) dan diakhiri oleh En. Hasnul Al-Hadi bin Ahmad yang seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Nibong Kali ke-34 bagi Tahun 2015. Turut diadakan pemberian wang Insentif UPSR kepada pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan UPSR 2014.
Majlis dihentikan sementara pada jam 4.00 petang untuk sesi jamuan sebelum memulakan sesi mesyuarat secara rasmi jam 4.45 petang. Mesyuarat tersebut berakhir jam 6.15 petang. Sepanjang majlis perasmian dan mesyuarat turut diselang seli dengan acara cabutan bertuah.
![]() | |
Dari kiri: En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar (GB), En. Hasnul Al-Hadi bin Ahmad (wakill PPDHT) |
Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu En. Zulkifle bin Zakaria kemudian pembacaan doa oleh Ustaz A. Rahim bin Zahid (GPK Pentadbiran). Kemudian acara diteruskan dengan Ucapan oleh YDP PIBG SK Nibong, En. Tuan Haji Harun bin Tuan Hamid, diikuti ucapan oleh En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar (GB) dan diakhiri oleh En. Hasnul Al-Hadi bin Ahmad yang seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Nibong Kali ke-34 bagi Tahun 2015. Turut diadakan pemberian wang Insentif UPSR kepada pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan UPSR 2014.
Majlis dihentikan sementara pada jam 4.00 petang untuk sesi jamuan sebelum memulakan sesi mesyuarat secara rasmi jam 4.45 petang. Mesyuarat tersebut berakhir jam 6.15 petang. Sepanjang majlis perasmian dan mesyuarat turut diselang seli dengan acara cabutan bertuah.
![]() |
Sesi pendaftaran ibu bapa |
![]() |
Bapa pelajar 5A UPSR 2014 menerima wang insentif UPSR |
![]() |
Antara penerima hamper cabutan bertuah |
JAWATANKUASA PIBG SK NIBONG SESI 2015/2016
PENASIHAT
EN. MOHAMAD SABRI BIN ABU BAKAR
YANG DIPERTUA
EN. MOHD SHUKRI BIN YUSOF
NAIB YANG DIPERTUA
EN. MUDZAUDIN BIN MUSA
SETIAUSAHA
EN. A. RAHIM BIN ZAHID (GURU)
BENDAHARI
EN. MOHAMAD ZAMRI BIN ABDUL RAHMAN (GURU)
AHLI JAWATANKUASA
- EN. ZU BIN ABDULLAH (GURU)
- PN. SITI NORBAINI BINTI MAMAT (GURU)
- PN. ROSILAWATI BINTI MOHAMAD (GURU)
- PN. NOOR RUSSHIMA BINTI MOHAMAD @ ABDULLAH
- PN. IZA SAZIRA BINTI HARUN
- PN. ROZAINI BINTI JUSOH
- EN. SEDEK BIN HUSSAIN
- PN. MARINA BINTI MUDA
JURU AUDIT
- PN. NOOR MAIZATUL AKMA BINTI MD. SHARIF
- EN. HIDAYAT BIN SIDEK
Comments
Post a Comment