Majlis Menjunjung Ilmu SK Nibong 2014

18 November 2014, SELASA - Bertempat di dewan SK Nibong, telah berlangsung satu majlis untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang. Acara ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Nibong iaitu Tuan Haji Harun bin Tuan Hamid.


Acara dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan Program Temu Murni dimana sesi ibu bapa bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan perkembangan pelajar ketika berada di sekolah dan menandatangani buku rekod akademik.

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa




Acara dewan dimulakan tepat jam 10.00 pagi selepas ketibaan YDP PIBG SK Nibong.










Selepas berakhirnya acara persembahan Tae Kwon Do, acara pembahagian hadiah iaitu bagi kategori Kedudukan Terbaik Dalam Kelas, Matapelajaran Terbaik Tahap 1 dan 2 dan Kehadiran Penuh.

Acara Penyampaian Hadiah dan Sijil-sijil penghargaan dimulakan.

Acara cabutan bertuah juga turut diadakan.


Acara persembahan kedua iaitu tarian Sumazau.


Kemudian diselang seli dengan hadiah cabutan bertuah.

Acara kemudian di teruskan dengan pembahagian sijil dan hadiah untuk kategori Kedudukan Terbaik Dalam Kelas, Kehadiran Penuh dan Saguhati untuk kelas KAFA.

Persembahan ketiga iaitu 'Shuffle Dance'.



Acara hadiah cabutan bertuah.

Penyampaian hadiah Anugerah Sukan dan Tokoh Akademik 2014.

Penyandang Anugerah Sukan 2014 diberikan kepada adik Tuan Noraziq bin Tuan Azam.


Penyandang Tokoh Akdemik 2014 diberikan kepada adik Muhammad Qusyairy bin Mudzaudin


Acara penutup, pelajar mempersembahkan lagu "What Makes Us Beautiful.





Kemudian acara berakhir dengan jamuan makan dan bersurai.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015