Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

KHAMIS, 7 Ogos 2014 - Bertempat di dewan SK Nibong, telah diadakan satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 10.45 pagi. Turut menghadiri majlis ini ialah YDP PIBG, Tuan Haji Harun bin Haji Hamid dan Timbalan YDP PIBG, En. Mohd Shukri bin Yusof.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu En. Azizan bin Ismail, kemudian pembacaan doa oleh, En. A. Rahim bin Zahid. Selepas itu, acara Pertandingan Baju Raya Tercantik diadakan. Semua pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat.








Selesai pertandingan baju tercantik, persembahan pelajar oleh Tahun 2 dengan lagu Balik Kampung, Tahun 3 (Anugerah Syawal), Tahun 4 (Seloka Hari Raya), Tahun 5 (Suasana Hari Raya) dan Tahun 6 (Selamat Hari Raya).

Acara jamuan bermula. Doa makan diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, Adik Qusyairi bin Mudzaudin.

Gambar sekitar majlis tersebut.






















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI daripada warga SK Nibong. Hingga bertemu lagi bulan Syawal pada tahun hadapan. :)

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015