RABU, 12 Ogos 2014 - Jawatankuasa PIBG SK Nibong dengan kerjasama JK Kemajuan dan Keselamatan Kampung Nibong telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi Keibubapaan yang bertemakan "Keluarga Cemerlang, Komuniti Terbilang" bertempat di Dewan SK Nibong. Penceramah jemputan, En. Mahusin bin Taib (Pengurus Seranta Zon Timur, YPM).
Program ini bermula seawal pukul 2.00 petang untuk sesi pendaftaran.
Seramai 50 orang ibubapa dan penjaga murid UPSR, PT3, SPM dan STPM telah hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran semua ibubapa ke program ini akan mendapat manfaat dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian.
 |
Ucapan Guru Besar oleh En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar |
 |
En. Mohd Shukri bin Yusuf (kiri) berbincang sesuatu dengan En. Mahusin bin Taib (baju putih) |
 |
En. Mahusin bin Taib bertanyakan sesuatu kepada kaum ibu semasa sesi ceramah |
Gambar sekitar program ceramah tersebut
Comments
Post a Comment