Selamat Tinggal....

Penggal baru persekolahan bermula pada 15 Jun 2014. Pada hari ini, berlaku perubahan dalam organisasi sekolah. Terdapat 3 orang guru bertukar dari sekolah ini. Guru tersebut ialah:

1. En. Abdul Karim bin Taib (Guru Besar) bertukar ke Sekolah Kebangsaan Padang Setebu, Hulu Terengganu
2. Puan Zuriati binti Ishak (Guru Media) bertukar ke Sekolah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu
3. En. Mohd Yunus bin Abdul Razak (Guru Agama) bertukar ke Sekolah Bukit Losong, Kuala Terengganu.

Cikgu Abdul Karim bin Taib

Cikgu Zuriati binti Ishak

Ustaz Mohd Yunus bin Abdul Razak
 Jasa kalian tetap akan dikenang. Terima kasih kerana menabur budi di Sekolah Kebangsaan Nibong ini.
Amanat terakhir guru besar kepada semua pelajar SK Nibong.





Dan selamat datang kepada Guru Besar baru, En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar, bekas GPK Sekolah Kebangsaan Padang Setengge, Hulu Terengganu. Selamat memulakan tugas cikgu di Sekolah Kebangsaan Nibong :)
Cikgu Mohamad Sabri bin Abu Bakar
(Guru Besar baru)

Dan juga selamat datang kepada 2 guru baru yang menggantikan Cikgu Zuriati binti Ishak dan Ustaz Mohd Yunus bin Abdul Razak. Walaubagaimanapun, kedua-duanya belum melapor diri lagi disekolah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015