Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah

18 Mei 2014, Ahad - SK Nibong telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara bermula seawal pukul 8.15 pagi dengan aktiviti senaman ringan sebelum bermula permainan.


Acara padang dimulakan dengan pertandingan bola 'katok' perlawanan antara guru perempuan vs pelaja perempuan.

Kemudian acara bola sepak guru lelaki vs pelajar lelaki.


Selesai perlawan bola sepak, acara sukaneka untuk guru-guru diadakan. Dimana, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan  guru KAFA dilibatkan kemudian diasingkan menjadi 4 kumpulan iaitu:

ALZA  : 1. En. Zu (Ketua)
               2. Pn. Zawati
               3. Pn. Rohana
               4. Pn. Zaiman (Pekerja)
               5. Pn. Bariah (KAFA)

SATRIA : 1. En. Zamijan (Ketua)
                 2. En. A. Karim (GB)
                 3. Pn. Zuriati
                 4. Pn Illi (PT)
                 5. Pn. Zaleha (KAFA)

PERSONA : 1. En. Zulkifle (Ketua)
                     2. En. A. Rahim
                     3. Pn. Norbaini
                     4. Pn. Suwaidah
                     5. Cik Diana (EIO)

WIRA : 1. En. Zamri (Ketua)
              2. En. Yunus
              3. Pn. Rosilawati
              4. Pn. Embab (KAFA)
              5. Pn. Simek (Pekerja)

Antara permainan sukaneka yang diadakan ialah :
1. Boling Kelapa
2. Isi Air Dalam Botol
3. Golek Tayar
4. Combo Golek Tayar & Bola Hoki

Bagaimanapun, acara pertandingan dimenangi oleh kumpulan PERSONA. Tahniah diucapkan.


Acara padang berakhir pada pukul 10.15 pagi.

Selepas rehat, acara dewan pula diadakan.
1. Pembacaan Perutusan Hari Guru
2. Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Guru Besar
3. Nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru.



Sambutan Hari Guru kali ini juga, pihak sekolah telah menerima sumbang  2 biji kek masing sempena Hari Guru dari Ahli Parlimen Kuala Berang, YB Dato' Jailani Johari dan ADUN Telemong, YB Rozi bin Mamat. Terima kasih atas kek yang sedap.

 Alhamdulillah, selesai majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Semoga acara ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga sekolah. Jumpa lagi tahun hadapan.
Cikgu Zawati & Cikgu Rosilawati membaca kad ucapan Hari Guru oleh YB Dato' Jailani Johari

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015