Program SISC+ telah berlangsung pada 29 April 2014 bertempat di makmal komputer SK Nibong. Program ini telah disampaikan oleh Pn. Laileesun binti Ishak. Semua guru tahun 6 telah hadir.
Semua Guru Besar di negeri Terengganu hendaklah memastikan guru-guru di bawah seliaannya yang telah mengisi permohonan pertukaran secara ’online’ e-GTukar bagi Sesi Januari 2015 menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak dan ditandatangan kepada pihak pengurusan sekolah. Tindakan tunjuk sebab boleh dikenakan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang gagal menyerahkan borang permohonan masing-masing beserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2014. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan tindakan yang berikut bagi memastikan kelicinan pengurusan ’ online’ ini berjalan lancar. Mengesahkan permohonan sama ada menyokong atau tidak menyokong beserta dengan ulasan bertaip (wajib ada) sebaik-baiknya sebelum atau pada 30 September 2014 . Memastikan perakuan sama ada seseorang guru itu masih terikat dengan Perjanjian Latihan Berasaskan Sekol...
Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2012 yang telah diadakan pada 7 November 2012 yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum bagi tahun 2012. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli , pelajar dari Tahun 5 dan Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri , pelajar Tahun 6 untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2012. Profil Tokoh Kurikulum 2012: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri Ciri-ciri dan perwatakan yang ada pada beliau: 1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan 2. Berpotensi untuk cemerlang dalam kurikulum 3. Seorang pelajar yang ringan tulang dalam memberi pertolongan kepada para guru 4. Bergiat aktif dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya: mewakili sekolah dalam Pertandingan Badminton Peringkat MSSDHT dan berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-3 ...
DEWAN SK MATANG Selasa , 10/7/2018 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Matang. Sekolah Kebangsaan Nibong telah berjaya menghantar wakil dalam tiga acara iaitu Public Speaking, Poetry Recitation dan Story Telling. Empat orang pelajar telah dipilih untuk mewakili sekolah iatu Nur Hasya Insyirah, Mohd Danish Fahim, Mohd Irham dan Ainur Hidayah. Masing - masing dari Tahun 6 dan Tahun 4. Antara peserta - peserta yang hadir menyertai karnival Wakil dari Sekolah Kebangsaan Nibong sempat bergambar di atas pentas Fahim dan Irham bersama Johan Poetry Recitation dari SK Teris Bagi acara Public Speaking, Nur Hasya Insyirah telah berjaya wakili sekolah kerana telah mendapat tempat kedua dalam acara tersebut. Beliau layak bertanding di peringkat daerak pada hari Khamis ini ( 12/7/201...
Comments
Post a Comment