Sambutan Maulidur Rasul 2014

Pada 19 Januari 2014 telah diadakan satu program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 1435H/2014M yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Acara dimulakan pada jam 10.30 pagi selepas waktu rehat persekolah. Pihak sekolah jugak menjemput YDP Tuan Haji Harun bin tuan Hamid, Pengerusi PIBG SK Nibong 2013/2014.
Dari kiri: YDP PIBG SK Nibong, Tuan Haji Harun bin Tuan Hamid bersama Ustaz Yunus bin Abdul Razak (guru)
Acara dimulakan dengan program ceramah sempena Maulidur Rasul yang disempurnkan oleh Ustaz Yunus bin Abdul Razak (Tahap 2) & Ustazah Suwaidah binti Mohamad ( Tahap 1) dan disertai pertandingan kuiz bagi tahap 1 & 2.
Ustazah Suwaidah (JQaf) untuk sesi ceramah untuk tahap I
Pelajar menjawab soalan kuiz
Kemudian acara diteruskan lagi dengan bacaan Asmaul Husna kemudian berselawat ke atas Nabi Junjungan kita,  Nabi Muhammad saw.

Pengerusi Majlis, Cikgu Zu bin Abdullah memulakan acara program sambutan Maulidur Rasul 2014

Bacaan Asmaul Husna yang diketuai oleh Ustaz Yunus bin Abdul Razak

Seterusnya acara pertandingan azan (L) dan pertandingan Mengaji (P)

Pemenang pertandingan azan: Adik Muhd Lukman bin Yusof (Tahun 6)
Pemenang pertandingan mengaji: Adik Nur Aima binti R. Ismail (Tahun 4)

Salah seorang peserta Pertandingan Mengaji, Adik Nurin Balqis binti Zu

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan yang disempurnakan oleh YDP PIBG SK Nibong.


Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. Terima kasih :)

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015