Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap & TKRS 2013



Pada 20 - 22 Jun 2013 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap & TKRS bagi sesi 2013.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tempoh 3 hari program itu berlangsung. Walaupun cuaca kurang baik pada sebelah malam 20 Jun 2013, tetapi alhamdulillah... masih tidak mengganggu perjalanan program tersebut dan pelajar masih boleh merasa tidur di dalam khemah.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut ialah:

  • Ujian Deria Rasa
  • Jungle Trekking
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Memancing
  • Ops Burung Hantu
  • Persembahan Malam Kebudayaan
Semoga setiap aktiviti yang telah diadakan ini, menjadikan pelajar lebih berdedikasi dan mampu mengharumkan nama Sk Nibong dalam bidang kurikulum & Ko-kurikulum. InsyaAllah

Gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut boleh di lihat di >>>>Galeri Gambar Perkhemahan Unit Beruniform 2013 

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015