Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Pada 16 Mei 2013 yang lalu, telah berlangsung majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Seawal paginya telah diadakan acara padang dimana pertandingan FUTSAL bagi guru lelaki dan pelajar lelaki manakala guru perempuan dan pelajar perempuan bermain bola 'katok'. Acara padang didominasi oleh  pasukan guru. Tahniah!!

Selepas rehat pula berlangsung acara di dalam dewan. Dimulakan dengan pembacaan perutusan Hari Guru oleh Pengarah JPNT yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Azam bin Puteh. Kemudian disusuli dengan nyanyian Kami Guru Malaysia yang disampaikan oleh semua guru SK Nibong dengan penuh semangat.

Sebaik sahaja berakhirnya nyanyian Kami Guru Malaysia, persembahan pelajar pula menyusul. Persembahan kelas Tahun 5 sebagai pembuka tirai. Mereka menyampaikan 2 buah lagu iaitu Adamu dan Sahabat daripada Najwa Latif. Kemudian disusuli oleh persembahan pelajar Tahun 4 yang menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu sembil diiringi klip video karaoke Upin & Ipin dan lagu kedua Terima Kasih Guruku.

Kemudian, acara dewan semakin gamat dengan persembahan dari kelas Tahun 6 yang menyampaikan sketsa muzikal. Kemudian acara diteruskan lagi dengan gabungan kelas Tahun 2 & 3 menyampaikan lagu Putih Putih Melati & Sahabat dari Upin & Ipin.

Bagi menutup tirai persembahan pelajar, disajikan persembahan tarian daripada kelas Tahun 1 yang bergabung dengan guru perempuan. Persembahan tarian tersebut diringi dengan lagu 'Jong Jong Inai', 'Burung Kakak Tua' & 'Rasa Sayang'. Kemudian persembahan guru lelaki pula mempersembahkan Boria SK Nibong yang telah menggamatkan sekali lagi dewan SK Nibong.

Selepas berakhirnya persembahan daripada guru lelaki, acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan acara padang kemudian acara potong kek yang dihadiahkan oleh Pejabat Dun Telemong & Parlimen Hulu Terengganu sempena sambutan Hari Guru 2013. Terima kasih dari warga Sk Nibong ucapkan di atas kek tersebut.

Majlis berakhir pada pukul 12.45 petang. Semoga sambutan kali dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru dan pelajar serta semua warga SK Nibong. Sekian, terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015