Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Pihak Sekolah

Tepat jam 11.00 pagi pada 6 Februari 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Pihak Sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara guru Tahun 6 dengan Ibu Bapa Pelajar Tahun 6. Perjumpaan ini turut membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2013 untuk kecemerlangan UPSR 2013. Selain itu, turut membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ketika berada di sekolah dan di rumah.

Untuk Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2013, satu jawatankuasa telah ditubuhkan.

Pengerusi           :  En. Mohd Azam bin Puteh 
Naib Pengerusi  :  En. A. Rahim bin Zahid 
Penyelaras         :  En Zulkifle bin Zakaria 
Bendahari          :  Pn. Siti Norbaini binti Mamat
Ahli                   :  En. Mohd. Zamri bin Abdul Rahman
                            En. Alias bin Awang


Antara perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2013 ini ialah:

  • Kem Motivasi
  • Kem Kemahiran Belajar
  • Kem Penghayatan Islam
  • Kem UPSR
  • Ujian Bulanan, Ujian Setara JPN/PPD, Ujian Semester dan Ujian Percubaan UPSR
  • Kelas Terancang
  • Kelas Tambahan
  • Program BersamaMu
  • Guru Angkat (Mentor Mentee)
  • Bengkel Sains
  • Kelas Elit Peringkat Zon KDSR 

Gambar Sekitar Majlis Perjumpaan Ibu Bapa bersama Pihak Sekolah




Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil yang berkualiti tinggi. Bak kata pepatah Melayu "Apa yang kamu semai, itulah yang akan kamu tuai kelak."

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015