Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2012 yang telah diadakan pada 7 November 2012 yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum bagi tahun 2012. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli, pelajar dari Tahun 5 dan Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri, pelajar Tahun 6 untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2012.


Profil Tokoh Kurikulum 2012: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri

Ciri-ciri dan perwatakan yang ada pada beliau:
1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
2. Berpotensi untuk cemerlang dalam kurikulum
3. Seorang pelajar yang ringan tulang dalam memberi pertolongan kepada para guru
4. Bergiat aktif dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya:
  • mewakili sekolah dalam Pertandingan Badminton Peringkat MSSDHT dan berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-3
  • mewakili sekolah ke Korobori Pengakap Peringkat Negeri untuk pelajar lepasan UPSR
5. Mendapat Pingat Perak untuk kategori B bagi acara "Free Sparring" untuk pelajar Bawah 12 Tahun di Kejohanan Tae Kwon Do GTF Antara Sekolah Terengganu Kali ke-20
6. Mendapat 5A dalam UPSR 2012


Profil Tokoh Ko-Kurikulum 2012: Adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli

Pencapaian dalam bidang Ko-Kurikulum:
  1. Terpilih mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada 2 hingga 9 Jun 2012 yang lalu. Beliau bermain diposisi "Bowler" atau Pembaling dengan kebolehan membaling menggunakan tangan kiri atau dalam istilah sukan Kriket dikenali sebagai "Left Handed Spinner". Bagi kebanyakan pemain kriket gaya balingan ini boleh membuatkan pemukul pasukan lawan berasa gerun dan takut dengan bola balingan tersebut.
  2. Selain itu, beliau juga terpilih mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Antara Zon Untuk Kumpulan Umur Bawah 12 Tahun yang telah diadakan pada 7 hingga 11 Oktober 2012 di Kinrara Oval, Puchong, Selangor. Kejohanan adalah dibawah kendalian Persatuan Kriket Malaysia bertujuan mencungkil bakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili peringkat negeri dan kebangsaan.
  3. Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Tampar dan Sepak Takraw Peringkat Zon KDSR 4, Acara 100M L 12 dan Perbarisan Sempena Kejohanan Olahraga MSSDHT serta Olahraga bagi acara Lompat Jauh L11 dan Sepak Takraw untuk Program Pembangunan Sukan 1Murid 1Sukan.

Comments

Popular posts from this blog

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015