Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pada 10 Julai 2012, telah diadakan satu program yang berjalan serentak seluruh negara iaitu, SENAMROBIK SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA.
Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan senaman regangan otot kemudian acara pendaftaran pelajar.
Acara diadakan di dewan SK Nibong.
Tepat jam 8.25 pagi, acara senamrobik dimulakan. Kaedah yang digunakan, menggunakan pemancar LCD untuk menayangkan klip senamrobik untuk diikuti oleh semua pelajar, guru & kakitangan sekolah.
Terima kasih & syabas kepada semua warga SK Nibong kerana memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan program ini.

*Update (11 Julai 2012)







Selepas program Senamrobik berakhir, turut diadakan program Temu Murni 2012, dimana ibubapa pelajar tahun 3-6 akan datang bertemu dengan guru kelas masing-masing untuk menandatangani buku rekod peperiksaan disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru sekolah dan ibubapa pelajar. Disamping itu,  ibubapa turut mendapat informasi mengenai prestasi & kelakuan anak-anak mereka semasa berada di sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015