Pada 9 Februari 2012 yang lalu, sekolah kami berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan acara perarakan dari sekolah ke masjid Kg. Nibong. Acara ini disertai oleh semua pelajar dan guru-guru serta PIBG.
 |
Para pelajar bersedia untuk memulakan sesi perarakan |
 |
Acara perarakan dimulakan |
 |
Antara wakil PIBG dan Guru mengiringi pelajar |
Bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul, pihak sekolah menjemput Ustaz Zulkifli bin Muda dari SM IMTIAZ Hulu Terengganu untuk sesi ceramah sempena Maulidur Rasul. Sesi ceramah diadakan di masjid Kg. Nibong yang turut mendapat sambutan daripada penduduk Kg. Nibong.
 |
Jemputan: Ustaz Zulkifli bin Muda |
Selepas selesai, acara perarakan balik semula ke sekolah untuk meneruskan acara seterusnya iaitu pertandingan mewarna dan melukis poster Tahap 1 & Tahap 2.
Oleh kerana kekangan masa, pertandingan bercerita terpaksa ditunda. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk pertandingan mewarna dan melukis poster oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Khadijah binti Wahab.
Comments
Post a Comment