Posts

Kami Sudah Ada Signboard Sekolah Baru :)

Image
Inilah papan tanda sekolah kami yang baru, selepas ini mana-mana pihak yang ingin ke sekolah kami tidak akan tersesat lagi. Penggantian papan tanda ini dilakukan selepas papan tanda yang lama telah dirobohkan akibat proses menurap jalan... lagipun papap tanda yang lama pun sudah pudar cat dia... boleh mengakibatkan ramai tersesat sebab tak nampak tulisan dah... Terima kasih guru besar, En. Mohd Azam bin Puteh kerana telah mengambil langkah untuk membuat papan tanda sekolah ini dengan kadar yang segera.

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Image
Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2012 yang telah diadakan pada 7 November 2012 yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum bagi tahun 2012. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Che Muhammad Roslizam Hakim bin Che Rosli , pelajar dari Tahun 5 dan Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri , pelajar Tahun 6 untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2012. Profil Tokoh Kurikulum 2012: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri Ciri-ciri dan perwatakan yang ada pada beliau: 1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan 2. Berpotensi untuk cemerlang dalam kurikulum 3. Seorang pelajar yang ringan tulang dalam memberi pertolongan kepada para guru 4. Bergiat aktif dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya: mewakili sekolah dalam Pertandingan Badminton Peringkat MSSDHT dan berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-3 ...

KEJAYAAN MILIK KAMI: SK Nibong Cemerlang 2012

Image
Salam Bertepatan moto sekolah: SEKOLAH NIBONG CEMERLANG 2012, penantian hampir 8 tahun.. akhirnya membuahkan kejayaan dan saat yang cukup indah bagi semua warga SK Nibong. Ternyata, keputusan UPSR 2012 begitu memberangsangkan, daripada 9 calon UPSR... 3 orang telah berjaya memecahkan rekod dengan mendapat 5A. Sekalung tahniah buat Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri, Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis dan Adik Nur Hazirah binti Sedek kerana telah berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2012. Bagi calon-calon lain.. jangan bersedih... usaha lagi... perjalanan adik-adik masih jauh.... teruskan berusaha.... TAHNIAH!!!! *update: Suasana Selepas Pengumuman Keputusan UPSR 2012 oleh Guru Besar, En.Mohd Azam bin Puteh Dar Kiri: Adik Nur Ainina Nazifah binti Mohd Shukri, Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis, Adik Nur Hazirah binti Sedek

Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah SK Nibong berlangsung sepanjang minggu ini, iaitu 21 - 25 Oktober 2012. Gambar-gambar akan di update kemudian.

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

Untuk putera-puteri tahun 6 SK Nibong, selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Kejayaan anda kejayaan kita bersama.. sekian terima kasih.

Sambutan Merdeka Raya

Pada 2 September 2012 yang lalu.... pihak sekolah telah mengadakan Hari Sambutan Merdeka Raya 2012. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis tersebut Sebelum rehat: 1. Pertandingan mewarna Hari Kemerdekaan (Tahap 1)                           2. Pertandingan Melukis dan Mewarna Hari Kemerdekaan (Tahap 2)                      walaubagaimanapun, pertandingan Menghasilkan Kad Ucapan Hari Raya tidak dapat dilakukan keranan kekangan masa. Selepas rehat:   1. Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah 2012                           2. Pertandingan Baju Raya Tercantik Program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepad...

Cikgu Mohd Azam bin Puteh, Guru Besar Baru Kami

Image
Pada 1 Ogos 2012, sekolah kami menerima guru besar iaitu Mohd Azam bin Puteh, yang sebelum ini bertugas sebagai PK1 di SK Ajil, Hulu Terengganu. Pada 2 Ogos yang lalu, acara sambutan menerima guru besar baru secara spontan telah dilakukan pada pukul 10 pagi bertempat di SK Nibong. Acara ini turut disertai oleh rombongan warga SK Ajil sebagai tanda simbolik penghantaran PK1 dr SK Ajil ke SK Nibong sebagai Guru Besar baru kami. Ketibaan rombongan dr SK Ajil Diiring ke dewan sekolah bersama-sama guru besar SK Ajil Pertemuan pertama antara guru besar & pelajar SK Nibong Ucaptama diperhimpunan sekolah   Inilah guru besar baru kami Semoga kerjasama dapat dijalankan dengan baik demi kecemerlangan sekolah dan masa depan anak-anak SK Nibong. Kecemerlangan hak milik kita bersama.