Posts

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

Untuk putera-puteri tahun 6 SK Nibong, selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Kejayaan anda kejayaan kita bersama.. sekian terima kasih.

Sambutan Merdeka Raya

Pada 2 September 2012 yang lalu.... pihak sekolah telah mengadakan Hari Sambutan Merdeka Raya 2012. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis tersebut Sebelum rehat: 1. Pertandingan mewarna Hari Kemerdekaan (Tahap 1)                           2. Pertandingan Melukis dan Mewarna Hari Kemerdekaan (Tahap 2)                      walaubagaimanapun, pertandingan Menghasilkan Kad Ucapan Hari Raya tidak dapat dilakukan keranan kekangan masa. Selepas rehat:   1. Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah 2012                           2. Pertandingan Baju Raya Tercantik Program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepad...

Cikgu Mohd Azam bin Puteh, Guru Besar Baru Kami

Image
Pada 1 Ogos 2012, sekolah kami menerima guru besar iaitu Mohd Azam bin Puteh, yang sebelum ini bertugas sebagai PK1 di SK Ajil, Hulu Terengganu. Pada 2 Ogos yang lalu, acara sambutan menerima guru besar baru secara spontan telah dilakukan pada pukul 10 pagi bertempat di SK Nibong. Acara ini turut disertai oleh rombongan warga SK Ajil sebagai tanda simbolik penghantaran PK1 dr SK Ajil ke SK Nibong sebagai Guru Besar baru kami. Ketibaan rombongan dr SK Ajil Diiring ke dewan sekolah bersama-sama guru besar SK Ajil Pertemuan pertama antara guru besar & pelajar SK Nibong Ucaptama diperhimpunan sekolah   Inilah guru besar baru kami Semoga kerjasama dapat dijalankan dengan baik demi kecemerlangan sekolah dan masa depan anak-anak SK Nibong. Kecemerlangan hak milik kita bersama.

Alfatihah buat Guru Besar...

salam, untuk pengetahuan semua, guru besar kesayangan kami, Puan Khadijah binti Wahab telah kembali ke rahmatullah pada 28 Julai 2012 jam 3 pagi di hospital besar Kuala Terengganu Sama-sama kita doakan kesejahteraan roh arwah.. AL-FATIHAH

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR - Bahasa Melayu

Image
Hari ini telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR diadakan khas untuk semua pelajar Tahun 6 sebagai persediaan menghadapai UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.

Program Bersamamu 2012

Image
Pada 26 Jun 2012 yang lalu, berakhirlah siri kembara pihak sekolah dari rumah ke rumah calon UPSR 2012. Matlamat program ini adalah untuk mengetahui aktiviti calon UPSR 2012 semasa di rumah, selain itu  turut mengeratkan lagi tali silaturrahim antara pihak sekolah dan keluarga calon UPSR 2012. Seramai 9 orang calon UPSR pada tahun ini, jadi sebanyak 9 buah rumah perlu dilawati oleh pihak sekolah. Program ini berlangsung setiap hari Selasa sewaktu aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sebanyak 3 buah rumah setiap minggu akan dilawati oleh pihak sekolah yang telah bermula pada 12, 19 & 26 Jun 2012 yang lalu. Program Bersama Mu pada 12 Jun 2012 Calon UPSR (Adik Nik Muhd Firdaus bin Zakaria) *akan diupdate gambar Calon UPSR (Adik Muhd Khairul Syahmi bin Ahmad) *akan diupdate gambar Calon UPSR (Adik Tuan Muhd Affifudin bin Tuan Azam) *akan diupdate gambar Program Bersama Mu pada 19 Jun 2012 Calon UPSR (Adik Nur Fathirah Aqilah binti Mohd Jahis) *akan d...

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Image
Pada 10 Julai 2012, telah diadakan satu program yang berjalan serentak seluruh negara iaitu, SENAMROBIK SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan senaman regangan otot kemudian acara pendaftaran pelajar. Acara diadakan di dewan SK Nibong. Tepat jam 8.25 pagi, acara senamrobik dimulakan. Kaedah yang digunakan, menggunakan pemancar LCD untuk menayangkan klip senamrobik untuk diikuti oleh semua pelajar, guru & kakitangan sekolah. Terima kasih & syabas kepada semua warga SK Nibong kerana memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan program ini. *Update (11 Julai 2012) Selepas program Senamrobik berakhir, turut diadakan program Temu Murni 2012, dimana ibubapa pelajar tahun 3-6 akan datang bertemu dengan guru kelas masing-masing untuk menandatangani buku rekod peperiksaan disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru sekolah dan ibubapa pelajar. Disamping itu,  ibubapa turut mendapat informasi mengenai prestasi ...