Posts

Jadual Baru Peperiksaan UPSR Pada 30 Sept 2014 dan 9 Okt 2014

Image
  Sumber Berita

Program 1Murid 1Sukan : Bola Jaring dan Bola Baling

Image
KHAMIS, 25 Sept 2014 - Pada jam 8.30 pagi, telah berlangsung Program 1Murid 1Sukan (1M 1S) iaitu Bola Jaring (P) dan Bola Baling (L) bertempat di Padang SK Nibong. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap kategori permainan dibahagikan kepada 3 pasukan. Bola Jaring Hello Kitty (Bip Biru) Pink Girl (Bip Hijau) Sweet Girl (Bip Oren) Bola Baling Nibong Club (Jersi Kelabu) Iron Man Club (Jersi Biru) Winter Of Soldier (Jersi Merah) Selepas waktu rehat, diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Berikut ialah keputusan perlawanan yang menggunakan sistem mata terkumpul. Bola Jaring Hello Kitty (Johan - mata pungutan 6) Pink Girl (Naib Johan - mata pungutan 3) Sweet Girl (Ketiga - mata pungutan 0) Bola Baling Nibong Club (Johan - mata pungutan 4) Iron Man Club (Naib Johan - mata pungutan 3) Winter Of Soldier (Ketiga - mata pungutan 1)

Program Minum Susu Serentak 1 Malaysia

Image
RABU, 24 September 2014 - Telah diadakan Program Minum Susu Serentak 1 Malaysia. Pihak sekolah  tidak ketinggalan untuk mengadakan acara tersebut. Bertempat di dewan SK Nibong, semua pelajar dikumpulkan dan tepat jam 10.30 pagi, semua pelajar minum susu. Pada sebelah pagi, turut diadakan acara senamrobik dan latihan untuk Program 1M1S yang akan diadakan pada 25 September 2014.

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015

Semua Guru Besar di negeri Terengganu hendaklah memastikan guru-guru di bawah seliaannya yang telah mengisi permohonan pertukaran secara   ’online’  e-GTukar   bagi Sesi Januari 2015  menyerahkan  borang permohonan yang telah dicetak dan  ditandatangan  kepada pihak pengurusan sekolah. Tindakan  tunjuk sebab  boleh dikenakan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang gagal menyerahkan borang permohonan masing-masing beserta dengan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2014. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan tindakan yang berikut bagi memastikan kelicinan  pengurusan ’ online’  ini berjalan lancar. Mengesahkan permohonan sama ada  menyokong   atau  tidak menyokong  beserta dengan  ulasan bertaip  (wajib ada) sebaik-baiknya sebelum atau pada  30 September 2014 . Memastikan perakuan sama ada seseorang guru itu masih terikat dengan  Perjanjian Latihan Berasaskan Sekol...

Penjelasan KPM Berkaitan Penangguhan Kertas & Bahasa Inggeris UPSR 2014

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan...

Pemberitahuan : Tweet Palsu

Image
Sumber Berita

Pemberitahuan : Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains 018 UPSR 2014

Image
Sumber Berita