Lawatan Sekolah ke Gambang Waterpark, Pahang

KHAMIS, 16 Oktober 2014 - Satu lawatan sekolah ke Gambang Waterpark, Pahang telah diadakan. Lawatan ini dibuka untuk semua pelajar tahun 6 bersama penjaga masing-masing. Tawaran mengikuti rombongan ini turut dibuka kepada pelajar tahun 4 dan tahun 3 dengan syarat, mesti ada penjaga masing-masing untuk menjaga keselamatan ketika berada di sana. Seramai 5 orang guru pengiring iaitu En. Mohamad Sabri bin Abu Bakar (Guru Besar), En. A. Rahim bin Zahid (GPK Pentadbiran), En. Mohamad Zamri bin Abdul Rahman (GPK HEM), En. Zulkifle bin Zakaria (Guru Tahun 6) dan Pn. Zawati binti Rozali (Guru Tahun 6) turut menyertai lawatan ini. Dengan penyertaan guru-guru bersama pentadbir sekolah dan penjaga pelajar, diharap hubungan baik antara pihak sekolah dan penjaga pelajar SK Nibong dapat dijalinkan dengan lebih erat demi kejayaan anak-anak SK Nibong. InsyaAllah.












Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Pelajar SK Nibong 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Perpustakaan

Tindakan Guru Besar Selaku Pegawai Pengesah untuk Permohonan Online e-G Tukar Sesi Jan 2015